web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kembali Ke Kategori 1 Penarafan FAA IASA Selepas ‘Usaha Menakjubkan’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 9:21AM

Dr Wee Ka Siong berkata, pencapaian itu amat membanggakan negara - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat mengembalikan kedudukan keselamatan udara Malaysia kepada Kategori 1 selepas Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memenuhi piawaian ditetapkan di bawah Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa (IASA).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pencapaian itu amat membanggakan negara, malah membolehkan Malaysia mendapat semua kelebihan diberikan kepada syarikat penerbangan, termasuk membuat penerbangan di laluan udara tambahan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Menteri Pengangkutan dan CAAM secara dalam talian hari ini yang diadakan beliau di Montreal, Kanada.

Turut hadir pada sidang media kira-kira 30 minit itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Chaster Voo.

Ka Siong ke Montreal bagi menghadiri Persidangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) ke-41 di negara berkenaan.

“Pada hari ini delegasi Malaysia mengadakan pertemuan dengan kerajaan Amerika Syarikat. Satu berita baik yang disampaikan, Malaysia kembali ke kategori 1 di bawah FAA IASA.

“Ini satu penarafan penting bagi Malaysia dan sesungguhnya pencapaian dalam tempoh amat singkat serta bagi pihak Kementerian Pengangkutan, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan kita, khususnya di pihak CAAM yang sudah bertungkus lumus dan mencapai matlamat kita idam-idamkan, ini adalah satu hadiah buat Keluarga Malaysia,” katanya

Ka Siong berkata, pencapaian menerusi penarafan kategori 1 itu, membolehkan Malaysia menerima beberapa kelebihan, berbanding kategori 2 untuk melakukan dan memohon sebarang penerbangan tambahan.

Jelasnya, seperti dimaklumkan beliau di Parlimen, bagi mana-mana penerbangan sedia ada, walaupun dijatuhkan ke kategori 2, ia masih boleh meneruskan penerbangan, tetapi tidak boleh memperoleh perjalanan tambahan, sekali gus akan memberi sedikit kekangan kepada syarikat.

Justeru, menerusi penarafan terkini Malaysia, negara boleh memajukan permohonan untuk perjalanan tambahan.

“Kedua (jika kategori 2), kita akan berdepan kekangan dari segi perkongsian kod dua yang sememangnya antara perkara lazim dilakukan syarikat penerbangan bagi menambah ketersambungan (connectivity).

“Saya ingin memaklumkan kalau kategori dua, kita tidak boleh mengadakan perkongsian kod dengan mana-mana syarikat penerbangan di Amerika Syarikat. Kekangan ketiga, mana-mana syarikat yang memfokuskan pasaran di Amerika Syarikat, sekiranya hendak mengadakan satu perkongsian kod dengan Malaysia, ia juga akan tertakluk kepada sekatan.

“Ini (kategori 2) menjadi sejarah, mulai hari ini kita kembali dan ianya akan memberi satu nafas baharu dan khususnya apabila kita membincangkan tentang pemulihan untuk sektor penerbangan, terutama setelah kita berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19,” katanya.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, penurunan penarafan kategori itu juga memberi kesan kepada sektor penyelenggaraan serta pembaikan dan baik pulih (MRO) di Malaysia.

“Apa juga peralatan atau alat ganti dikeluarkan yang mempunyai hubung kait dengan penerbangan, sekiranya kita diturunkn taraf kepada kategori 2, ada kesan, penerimaan dunia terhadap barangan dibuat di Malaysia.

“Jadi kita akan mengorak langkah. Saya yakin ianya akan memberi impak besar sekiranya lebih banyak laluan perjalanan boleh kita tambah. Ianya akan memberi peluang pekerjaan kepada kru atau juruterbang dan pada waktu sama, membawa pekerjaan kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.

Pada 2019, FAA Amerika Syarikat menurunkan penilaian CAAM ke kategori 2 selepas penilaian semula yang dibuat, mendapati CAAM tidak memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan ICAO.

Menerusi penilaian itu, ia mendapati CAAM mempunyai 58 penemuan yang mana 25 daripadanya dapat diselesaikan, manakala 33 masih terbuka yang menjadi punca Malaysia diturunkan ke kategori 2. - Getaran, 1 Oktober 2022

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar