web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penting Tangani Isu Jaminan Halal Dalam Promosi Industri Halal - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 12:20PM

Ismail Sabri (tiga dari kanan) ketika hadir pada majlis perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-18 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang isu yang berkait dengan jaminan halal penting untuk ditangani dalam usaha mempromosikan industri halal kerana ia berisiko merosakkan imej halal yang diusahakan selama ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Jaminan halal yang saya maksudkan ini merujuk kepada keyakinan pengguna, penyeragaman, pensijilan dan akreditasi,” kata beliau ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-18 di sini, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, kini terdapat lebih 8,000 syarikat di Malaysia diiktiraf halal dengan lebih 20 peratus daripadanya adalah syarikat pengeksport. 

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut bekerjasama dengan badan pensijilan halal dari pelbagai negara untuk keseragaman piawaian dalam pematuhan kepada undang-undang Syariah,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Petunjuk Ekonomi Islam Global turut meramalkan pasaran halal akan berkembang kepada hampir RM14 trilion (US$3.27 trilion) menjelang 2028, daripada RM8.8 trilion (US$2.09 trilion) seperti yang dilaporkan tahun lepas.

Ini sejajar dengan pertambahan populasi Muslim global yang kini mencecah 1.9 bilion pada 2021, sekali gus menunjukkan potensi tinggi dalam mempelbagaikan industri halal secara lebih inklusif dan komprehensif dalam jangka masa panjang, jelas beliau.

"Saya juga berasa bangga apabila dimaklumkan dalam tempoh sembilan tahun berturut-turut, Malaysia berjaya mengekalkan tempat teratas berdasarkan Petunjuk Ekonomi Islam Global yang terkandung dalam laporan 'State of the Global Islamic Economy 2022', menandingi 81 negara lain," kata Perdana Menteri. 

Penilaian tersebut katanya dibuat berlandaskan inisiatif digitalisasi ekonomi, pembangunan infrastruktur halal dan peningkatan fokus kerajaan terhadap sekuriti makanan dan penjagaan kesihatan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad