web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangguh Pelaksanaan Akta Kerja, Majikan Perlukan Masa Selesaikan Isu Kekurangan Pekerja - Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 4:37PM

Penangguhan ini dibuat setelah mempertimbangkan permintaan pihak majikan yang berdepan masalah kekurangan tenaga buruh selain kebanyakan pekerja asing mula masuk mulai Ogos - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penangguhan pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 dari 1 September depan kepada 1 Jan 2023 bertujuan memberi ruang kepada majikan untuk menyelesaikan isu berkaitan kekurangan tenaga buruh dan pengambilan pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.

Beliau berkata penangguhan ini dibuat setelah mempertimbangkan permintaan pihak majikan yang berdepan masalah kekurangan tenaga buruh selain kebanyakan pekerja asing mula masuk mulai Ogos.

“Jadi majikan perlukan masa dan permintaan mereka adalah rasional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ke-23 (COSH 2022) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pihak yang mempersoalkan langkah kerajaan menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.

Pindaan akta itu antara lain melibatkan pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam ke 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari dan cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.

Dalam pada itu, Saravanan berkata beliau telah berbincang dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengenai penangguhan pelaksanaan Akta Kerja 1955 dan kerajaan menilai pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan.

Beliau juga memaklumkan seramai 47,000 pekerja asing memasuki negara setakat ini, dengan hampir 19,000 daripadanya merupakan warganegara Nepal.

Sementara itu, Saravanan menyangkal dakwaan kononnya wujud isu kos pengambilan pekerja asing terlalu tinggi, sebaliknya beliau berkata ia adalah ‘sifar kos’ dan menjelaskan bahawa mana-mana majikan yang membawa masuk pekerja asing hanya perlu menanggung kos penginapan dan penerbangan.

Menurutnya Kementerian Sumber Manusia juga tidak menerima sebarang aduan mengenai kos pengambilan pekerja asing setakat ini.

Beliau juga menasihati majikan di seluruh negara yang telah membayar levi pekerja asing mereka agar menyerahkan dokumen berkaitan kepada duta negara pekerja asing berkenaan untuk tindakan lanjut.

COSH 2022 bertemakan ‘Bertekad menghadapi cabaran terkini’, berlangsung dua hari bermula hari ini melibatkan lebih 1,300 peserta tempatan dan luar negara. - Bernama

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad