web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Korupsi Perlu Dibanteras, Rasuah Busters Seru Akar Umbi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 4:54PM

Pasukan Teras Rasuah Busters memberi fokus kepada kerja-kerja memupuk kesedaran rakyat supaya mewujudkan budaya menolak rasuah.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Selepas tiga bulan berkempen, kumpulan gerakan akar umbi anti-rasuah, Rasuah Busters, sekali lagi menyeru lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyertai perjuangannya dalam memerangi korupsi.

Penolakan budaya rasuah, kata penaung kumpulan itu, Datuk Hussamuddin Yaacub, harus bermula dari hati nurani rakyat kerana penyakit tersebut sudah berakar umbi dalam ekosistem masyarakat.

“Kita tak boleh harap hantu raya yang berada di atas itu. Mereka sudah rosak. Tidak lagi dapat diperbaiki. Kita kena bermula dengan diri kita sendiri. Kita kena rujuk kembali value system kita.

“Perpecahan kaum yang berlaku di Malaysia adalah kerana rasuah antara ahli politik. Mereka memecah-belahkan kita sebab nak kekal relevan,” tegas Hussamuddin pada sidang media Rasuah Busters di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Pada sidang itu, beliau turut memperkenalkan Pasukan Teras Rasuah Busters, yang dianggotai oleh 13 individu termasuk aktivis, wartawan, juruaudit, penulis, penyelidik serta pengerusi badan bukan kerajaan (NGO).

Rasuah Busters, jelas Hussamuddin, kini sedang dalam fasa pertama inisiatif, Sinar Untuk Malaysia, yang akan memberi fokus kepada kerja-kerja memupuk kesedaran rakyat supaya mewujudkan budaya menolak rasuah.

Untuk meneruskan lagi kesinambungan Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa, beliau juga melancarkan kempen dengan slogan ‘Mak Kata Jangan’ untuk memperhebatkan lagi misi Rasuah Busters.

“Ibu mempunyai kesan besar kepada kehidupan kita. ‘Mak Kata Jangan’ memberi ilustrasi bahawa setiap ibu membawa peranan yang sama iaitu tidak mahu anak masing-masing menjerumuskan diri mereka ke lembah kebinasaan,” katanya.

Salah seorang anggota pasukan teras Rasuah Buster, Anas Zubedy yang merupakan aktivis terkenal, juga bersetuju bahawa penolakan budaya rasuah perlu bermula pada peringkat bawah, supaya dapat mengubah sikap rakyat yang sudah lali dengan korupsi.

“Jika kita mahu perubahan yang berkekalan, kita perlu menanam satu sauh dalam hati rakyat. Kempen ‘Mak Kata Jangan’ ini adalah untuk memberi rakyat satu kemahiran untuk menolak rasuah.

“Pada minggu pertama Rasuah Busters dilancarkan (Januari 2021), kami mendapat lima juta sokongan di media sosial. Ini bermakna rakyat Malaysia memang berminat dengan kempen kami,” kata Anas.

Selain Husammuddin dan Anas, berikut adalah anggota pasukan teras Rasuah Busters: Shah Hakim Zain, Dr G. Manimaran, Harmander Singh, Fazrul Ismail, Richard M. Devraj, Jonson Chong, Marhaini Yusoff, Farah Hussamuddin, Chiew Ruoh Peng, Nurhayati Nordin, Naquiah Noor, Rozaid Abdul Rahman dan Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff. – Getaran, 5 April, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran