web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Sudah Terima Arahan Tuduh Amy, Kertas Siasatan Dirujuk AGC

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 2:39PM

Siti Amira Natasya Abdullah akan dituduh esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mendapat arahan untuk menuduh wanita yang didakwa menghina Islam dalam persembahan komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) baru-baru ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, kertas siasatan polis telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara (AGC) hari ini.

“PDRM mendapat arahan untuk menuduh suspek wanita tersebut mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, manakala teman lelakinya pula akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya hari ini.

Difahamkan, wanita dikenali sebagai Siti Amira Natasya Abdullah atau Amy itu akan dituduh esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Noorsiah berkata, reman terhadap wanita tersebut juga disambung sehari lagi bagi membantu siasatan lanjut.

“Reman terhadap wanita tersebut yang tamat pada hari ini, disambung selama satu hari lagi sehingga esok,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Jabatan Agama Islam Wilayah  Persekutuan (JAWI) menyiasat video tular sebuah acara ‘stand up comedy’, dipercayai berlangsung di TTDI yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, siasatan awal telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI berhubung video berkenaan.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 7 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

Ia dilakukan susulan penularan video acara ‘stand up comedy’ yang memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung memperkenalkan diri kepada penonton.

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang muslim dan menghafal 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain dan tudungnya.

Dengan berpakaian seksi, dia kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan berkenaan. - Getaran, 12 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

2

Semasa 4 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 4 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Semasa 6 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad