web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wan Saiful Sahkan Bukan Lagi Pengerusi PTPTN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 1:50PM

Datuk Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ketika ini akhirnya terjawab apabila beliau berkongsi mengenai perkara itu di Facebook miliknya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengesahkan kontraknya sebagai pengerusi perbadanan tersebut sudah tamat pada 17 Jun lalu.

“Saya rasa tak perlu ada tanda soalan pada laporan ini (Utusan Malaysia). Seingat saya, memang sudah lama saya sebutkan secara terbuka bahawa hari akhir saya di PTPTN ialah pada 17 Jun 2022.

Next step, tunggu lah hingga next step itu sampai,” katanya menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya, hari ini.

Malah tinjauan Getaran di laman sesawang PTPTN mendapati, jawatan Pengerusi PTPTN pada bahagian Lembaga Pengurusannya juga berstatus ‘kosong’.

Terdahulu, sebuah portal berita bahasa Melayu melaporkan kedudukan Wan Saiful menjadi tanda tanya susulan semakan di laman web rasmi PTPTN sejak seminggu lalu mendapati, jawatan pengerusi yang disandang itu sudah dikosongkan.   

Beliau dilantik sebagai Pengerusi PTPTN berkuat kuasa 18 Jun 2018 semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menggantikan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Wan Saiful sebelum ini juga antara nama yang disebut-sebut bagi menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin, untuk mengisi kerusi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Zuraida meninggalkan BERSATU.  

BERSATU berpandangan kedu­dukan Ahli Parlimen Ampang itu sebagai menteri patut diganti kerana jawatan menteri tersebut didakwa kuota parti berkenaan. - Getaran, 12 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 7 bulan yang lalu

BERSATU Pecat Wan Saiful, Gantung Wan Ahmad Fayhsa

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad