web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TH: Rawatan Gigi, Sakit Puan Disediakan Untuk Jemaah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 5:04PM

Klinik rawatan itu menyediakan kelengkapan peralatan seperti di tanah air dengan tenaga pakar dan ubat-ubatan. - Gambar ihsan TH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Demi memastikan jemaah Malaysia sihat dari pelbagai sudut, Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kesihatan awam, sakit puan dan penjagaan rohani tetapi juga pergigian.

Bertempat di Pusat Kesihatan TH Syisyah, di sini, klinik rawatan itu menyediakan kelengkapan peralatan sepertimana di tanah air dengan tenaga pakar dan ubat-ubatan.

Dr Norhayati Abas, 40, berkata meskipun peranan mulut dan gigi dilihat kecil sahaja dalam melaksanakan ibadah tetapi jemaah pastinya tidak dapat mengerjakan haji dengan sempurna jika mengalami sakit gigi dalam tempoh yang panjang.

“Merawat pesakit di Tanah Suci ini tidak ada perbezaan yang ketara berbanding di tanah air. Kita akan beri perkhidmatan terbaik dari segi perkhidmatan tampalan dan pembersihan karang gigi.

''Kita juga akan memberi fokus kepada kembalikan fungsi gigi untuk jemaah haji beribadah dengan baik tanpa rasa sakit dalam mulut. Yang penting, mulut sihat, ibadah mantap,” katanya yang merupakan pakar pergigian dan periodontik di Klinik Pergigian Paya Besar, Kuantan.

''Kita juga akan memberi fokus kepada kembalikan fungsi gigi untuk jemaah haji beribadah dengan baik tanpa rasa sakit dalam mulut. Yang penting...mulut sihat, ibadah mantap,” katanya yang merupakan pakar pergigian dan periodontik di Klinik Pergigian Paya Besar, Kuantan.

Dr Norhayati yang berpeluang berkhidmat di Makkah buat kali pertama turut dibantu seorang jururawat dan seorang pembantu pembedahan dan mereka akan bertugas setiap hari.

Katanya, rata-rata jemaah yang menerima rawatan mengalami bengkak gusi, tampalan pecah dan gigi berlubang, berkemungkinan kesan daripada pemakanan yang tidak sama sepertimana di tanah air.

“Mulut bukan sekadar untuk makan dan kita perlu tahu makanan yang sihat dan mencukupi penting untuk memberi tenaga kepada jemaah. Tetapi jangan lupa bahawa sebutan dalam solat juga turut penting dan kalau gigi longgar macam mana nak sebut dengan betul,” katanya.

Tambah beliau, walaupun bilangan jemaah tahun ini hanya seramai 14,306 orang tetapi perkhidmatan mereka tetap akan berjalan sepertimana tahun sebelum ini malah pihaknya menambah baik kelengkapan dan peralatan semakin canggih.

“Jemaah haji tahun ini ada yang muda, pertengahan umur dan bawah 65 tahun. Jadi saya jangkakan mereka ada gigi yang agak baik berbanding sebelum ini yang lebih ramai warga emas yang mengalami masalah gigi longgar.

Kali ini kita jangka ada masalah gigi berlubang, tampalan bermasalah dan ada yang memakai pendakap gigi. Jika berlaku kerosakan pada pendakap gigi ia boleh menjejaskan kesihatan, besi pada pendakap gigi boleh mencucuk bibir dan lidah, ia perlukan doktor gigi untuk merawat,” katanya.

Klinik pergigian mula beroperasi di Makkah bermula 2014 dan ia sentiasa mendapat sambutan dari jemaah haji sehingga berakhir musim haji. - Bernama
 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar