web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kartel: LKIM Akan Lantik Syarikat Bekalkan Ikan Untuk Stok Sejuk Beku

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 4:27PM

Syarikat terbabit akan membeli, menyimpan, memproses dan memasarkan ikan dalam skala besar bagi mengelak kartel memonopoli ketika musim pendaratan ikan yang banyak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT GANTANG - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam proses menyiapkan tender untuk melantik syarikat membekalkan ikan untuk stok sejuk beku.

Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Abdul Fasal berkata langkah itu dapat membendung aktiviti monopoli kartel yang semakin berleluasa.

"Kerajaan melalui syarikat berkenaan yang dilantik LKIM akan bertindak membeli, menyimpan, memproses dan memasarkan ikan dalam skala besar bagi mengelak kartel memonopoli ketika musim pendaratan ikan yang banyak," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan enjin sangkut di Kampung Tebuk, Matang, dekat sini hari ini.

Seramai 46 orang nelayan di Jeti Kampung Tebuk dan Jeti Kampung Matang Gelugor menerima enjin sangkut membabitkan kos RM494,000 bertujuan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Syed Abu Hussin berkata pada ketika ini bekalan ikan mengalami kenaikan harga kerana dimonopoli kartel yang membeli dengan banyak pada ketika musim ikan banyak.

Beliau berkata pihaknya yakin dengan cara melantik syarikat itu akan menstabilkan, selain membantu mengurangkan harga ikan di pasaran. 

“Isu kartel bukan perkara baharu kerana kartel sudah bergerak untuk membeli ikan di kawasan pendaratan pada musim ikan banyak dengan cara itu akan membolehkan mereka memainkan harga di pasaran,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar