Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perhimpunan Veteran ATM Demi Solidariti, Bukan Berunsur Politik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 5:52PM

Perhimpunan Veteran Angkatan Tentera (ATM) wajar dilihat dari sudut pandang positif dan tidak disalahertikan dengan perspektif negatif atau tohmahan tidak berasas. - Gambar dari twitter @ZareenH_s

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Veteran Angkatan Tentera (ATM) adalah sebagai bukti solidariti atau intepretasi kebebasan bersuara secara kelompok yang menjadi amalan lazim diamalkan negara berdemokrasi seperti Malaysia.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Abu Yazid Abu Bakar berkata, dalam tempoh beberapa tahun ini, berlaku beberapa perhimpunan lebih agresif sifatnya, berbanding himpunan turut dikenali RU 6622 itu.

Menurut beliau, amat malang perhimpunan tersebut ditohmah sebagai perbuatan gerak kerja mengugut kerajaan, melanggar undang-undang, mengandungi acara bercanggah agama dan pelbagai ‘andaian liar’, demi menjejaskan kredibiliti penganjur himpunan serta menghakis solidariti yang disemai dalam kalangan warga mantan perajurit negara itu.

“Ironinya, perhimpunan diadakan bertepatan dengan cuti umum sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Panglima Tertinggi ATM itu, wajar dilihat dari sudut pandang positif dan tidak disalahertikan dengan perspektif negatif atau tohmahan tidak berasas.

“Matlamat utama perhimpunan itu adalah untuk memberi penerangan kepada warga veteran ATM terhadap beberapa perkara yang termaktub dalam perlembagaan berkaitan kebajikan dan kelangsungan hidup mereka selepas menamatkan perkhidmatan bersama ATM, tetapi kelihatan seolah-olah diabaikan sejak sekian lama.

“Sebagai contoh, tuntutan penyelarasan pencen warga veteran ATM sebelum tahun 2013 yang diperjuangkan penganjur himpunan sejak lapan tahun lalu, masih tidak menerima sebarang maklumbalas positif daripada kerajaan hingga kini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Apa lebih membimbangkan, Abu Yazid berkata, perhimpunan veteran tersebut cuba dimanipulasi sesetengah pihak untuk mendapatkan ‘political mileage’ secara mudah, tanpa benar-benar memahami iltizam dan pemangkin kepada kebangkitan warga veteran ATM ini.

Pada masa sama, beliau menegaskan RU 6622 tidak terlepas dari senario itu apabila susulan pelaksanaannya, kenyataan berkaitan objektif perhimpunan tersebut oleh beberapa figura dan parti politik tanahair mula tersebar.

“Hakikatnya, sejak tsunami politik melanda negara mulai 9 Mei 2018, terlalu banyak aspek tadbir urus kritikal negara meliputi ekonomi, pendidikan, pertahanan dan sebagainya menjadi mangsa penjarahan ‘kartel’ politik secara langsung, mahupun tidak langsung.

“Natijahnya, RU 6622 bukanlah perhimpunan bermotifkan politik sepertimana perhimpunan reformasi politik jalanan, tetapi lebih bersifat eksesais hak kebebasan bersuara warga bekas perajurit negara yang digerakkan secara sukarela, sistematik dan teratur, tanpa didalangi pihak berkepentingan atau membelakangkan aspek perundangan serta keselamatan umum,” katanya.

Lantaran itu, Abu Yazid menegaskan, sukar untuk diterima akal sekiranya peserta perhimpunan itu sebagai mantan perajurit negara, terlupa ikrar taat setia pernah dilafazkan terhadap Agong, sehingga tergamak mempertaruhkan keharmonian negara dan ketenteraman awam menerusi penganjuran acara berkenaan.

Apatah lagi, jelasnya, ribuan pesertanya pernah berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan dan bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara ini suatu ketika dahulu.

“Justeru, adalah tidak adil untuk warga awam yang tidak pernah menganggotai ATM untuk memperkecilkan usaha dan gerak kerja warga veteran ini sewenang-wenangnya. Dalam hal ini, sekiranya benar wujud sebarang elemen pelanggaran undang-undang, biarlah pihak berkuasa seperti polis menjalankan siasatan.

“Kepada warganegara Malaysia, usah berasa terancam dengan RU 6622 kerana ia hanyalah gerakan menuntut hak diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan oleh sekelompok warganegara yang pada suatu ketika dahulu membentengi kedaulatan sempadan, perairan dan ruang angkasa negara agar keselamatan kita kekal terjamin sempurna,” katanya.

Mengulas lanjut, Abu Yazid menegaskan, walaupun pelbagai pandangan diutarakan terhadap motif penganjuran RU 6622, tidak dapat dinafikan ia memberi impak dalam konteks menyuarakan tuntutan untuk pembelaan warga veteran ATM yang diabaikan sejak sekian lama, selain menarik perhatian pihak berkepentingan terhadap isu dibangkitkan.

“Persoalannya, apakah impak ini akan menyedarkan pihak tersebut untuk bertindak dan mula merangka intervensi sewajarnya?

“Selain itu, solidariti warga veteran ATM ini juga harus dielakkan daripada dicemari anasir subversif yang ‘merosakkan’ agar wadah diperjuang terus kekal murni dan tidak ‘dijahanamkan’ pihak yang gemar ‘menangguk di air keruh’,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2022.

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Semasa 14 jam yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

Politik 1 hari yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti