web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Nur Amalina Kongsi Hamil Anak Pertama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 9:23PM

Dr Nur Amalina Che Bakri - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri hari ini berkongsi khabar gembira bersama pengikut laman sosialnya apabila memberitahu beliau kini hamil anak sulung.

Menerusi perkongsiannya, anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu yang kini bertugas di United Kingdom (UK) berkata, meskipun teruja mengumumkan berita indah berkenaan, beliau mengambil sedikit masa untuk melakukannya kerana bimbang ia menerima reaksi kurang positif daripada segelintir pihak.

“Saya sangat teruja untuk berkongsi berita indah ini dengan anda, saya hamil! Saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi perkara ini dengan anda semua.

“Walaupun media sosial adalah platform yang bagus untuk berkongsi mengenai pendidikan dan pengalaman positif, ia boleh menjadi tempat sukar dan menghakimi,” katanya menerusi Instragram dengan 813,000 pengikut.

Dr Nur Amalina, 35, berkata, beliau melalui ‘tempoh sukar’ serta meletihkan ketika peringkat awal kehamilannya kerana jadual harian dipenuhi tuntutan kerja dan pada masa sama, harus menyiapkan tugasan akademik untuk menggenggam sejulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

“Saya melalui trimester pertama yang sukar sehingga awal trimester kedua (terutama dengan alahan dan muntah) sehingga kehilangan berat badan. Keletihan juga memainkan faktor.

“Apabila anda melakukan pelbagai tugas, kadangkala ia boleh menjadi cabaran. Perkara yang dulu boleh saya lakukan, tiba-tiba menjadi tugas sukar,” katanya.

Beliau yang melansungkan perkahwinan dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles pada April tahun lalu berkata, terhadap satu kajian diterbitkan dalam jurnal ‘JAMA Surgery’ yang menunjukkan bahawa pakar bedah berkemungkinan berdepan kesukaran berganda semasa mengandung dan melahirkan anak.

Katanya, jurnal itu mengatakan, ramai doktor dan pakar bedah cenderung untuk menangguhkan kehamilan mereka, dengan harapan menunggu masa sesuai untuk memiliki cahaya mata.

Justeru, beliau berharap dapat berkongsi pengalaman kehamilannya menerusi penulisan suatu hari nanti.

“Keputusan saya untuk mempunyai anak ketika ini pilihan terbaik dan apa paling penting adalah untuk kita tidak membandingkan diri kita dengan orang lain.

“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama dengan saya (Ya, dia sangat teruja! Dia akan membaca semua buku bayi disyorkan! Dia mungkin tahu lebih banyak mengenai kehamilan daripada saya sekarang),” katanya.

Berkongsi lanjut, Dr Nur Amalina berkata, lebih istimewa apabila ibunya, Sabariah Hassan sangat mengambil berat berhubung keadaan dirinya setiap masa dengan memastikan beliau cukup makan dan menyediakan makanan ‘sejuk beku’ sebelum insan kesayangannya itu pulang ke Malaysia!

“Alhamdulillah, keadaan semakin baik sekarang dan saya sangat menikmati momen ini semasa bayi kami bergerak di dalam rahim.

“Saya teruja untuk berkongsi pengalaman saya, terutamanya realiti dan cabaran keseluruhan proses kehamilan ini, selain pendidikan mengenai kehamilan berdasarkan perubatan berasaskan bukti. Saya juga ingin belajar daripada anda!

“Sungguh mengagumkan bagaimana si kecil ini boleh membawa begitu banyak kegembiraan dalam hidup anda dan saya menantikan perjalanan baharu yang menarik ini sebagai seorang ibu!,” katanya.

Dr Nur Amalina mendapat perhatian apabila mencatatkan keputusan cemerlang 17A1 semasa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Kepintarannya melayakkan beliau menerima biasiswa Kijang Emas dari Bank Negara yang menampung pelajarannya dalam bidang perubatan di UK dan beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan sebaik tamat pengajian di Universiti of Edinburgh pada 2013. – Getaran, 4 Jun 2022

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Sentuh Pipi Dengan Mesra’, Ketua UMNO Beruas Nafi Tampar Cucu Nik Aziz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Perempuan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

oleh Sophia Ahmad