web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekurangan Ayam, KPDNHEP Hantar Bekalan Ke Kawasan Stok Terhad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 7:13PM

KPDNHEP akan menghantar ayam ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan bagi menampung keperluan bekalan ternakan tersebut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebagai alternatif penyelesaian jangka pendek terhadap masalah kekurangan bekalan ayam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menghantar lebihan produk itu yang ada di pasaran kepada negeri berdepan isu berkenaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu diharap mampu meredakan keresahan pengguna, susulan kekurangan bekalan ternakan terbabit di beberapa negeri akibat penutupan ladang dilakukan syarikat tertentu.

Katanya, alternatif itu akan digerakkan mengikut kapasiti kemampuan KPDNHEP untuk mengenal pasti kawasan terjejas teruk.

“Contohnya, kekurangan berlaku di Perlis, kita akan tampung dengan lebihan ayam yang ada di Pulau Pinang.

“Sebenarnya, berdasarkan laporan kita terima daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), jumlah pengeluaran ayam adalah sekitar 66 juta ekor sebulan, berbanding kadar penggunaan sekitar 60 juta untuk permintaan biasa, manakala untuk musim perayaan jumlah permintaan meningkat sedikit,” katanya kepada Getaran. 

Rosol Wahid - Gambar fail
Rosol Wahid - Gambar fail

Mengulas mengenai penutupan beberapa ladang ayam selepas dipercayai berdepan masalah tumbesaran dan penyakit, Rosol berkata, pegawai penguat kuasa kementeriannya sudah memantau serta menjalankan siasatan terperinci di lokasi terbabit. 

Jelasnya, KPDNHEP tidak hanya menerima surat daripada syarikat penternakan, sebaliknya turut ‘turun padang’ menjalankan siasatan terperinci mengenai masalah diperkatakan.

“Pegawai pergi dan lihat sendiri, malah laporan bergambar juga ada serta terbukti memang ayam berpenyakit, beratnya pula hanya sekitar satu hingga 1.2 kilogram (kg) dan tidak sesuai dibekalkan untuk pasaran tempatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sekiranya berlaku manipulasi bekalan untuk mengganggu kestabilan bekalan di pasaran. 

Sementara itu, menerusi laporan media, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memberi jaminan, bekalan ayam di negeri berkenaan masih mencukupi.

Ujarnya, stok ayam di negeri itu juga dijangka tidak mengalami krisis bekalan seperti di beberapa negeri lain.

“Apa yang berlaku di negeri lain tidak akan berlaku di Perak. Kita berhubung terus dengan pengeluar ayam dan mereka beri jaminan untuk bekalkan ayam seperti biasa kepada rakyat negeri ini.

“Malah, saya sudah beri tanggungjawab kepada Exco negeri untuk memberi maklumat dan laporan pada mesyuarat setiap minggu berkaitan sebarang perkembangan terkini,” katanya. – Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad