Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengadu, Mangsa Buli Perlu Dilindungi, Doktor Pakar Sangsi Ketelusan KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 9:28AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendedahan demi pendedahan kes buli di hospital awam menerusi perkongsian doktor pelatih dan kontrak di media sosial menunjukkan isu yang semakin membarah itu perlu ditangani segera.

Namun apa yang menarik perhatian ramai kelmarin ialah apabila laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) memaparkan Polisi Larangan Penyataan Awam 2021, membabitkan larangan untuk warga kerjanya membuat sebarang kenyataan awam kepada pihak media atau orang awam.

Paparan berkenaan memaklumkan, seorang pegawai awam di bawah kementerian itu tidak boleh secara lisan atau bertulis dengan apa-apa cara membuat penyataan awam yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan untuk sebarang isu.

Selain itu, warga kementerian juga diingatkan untuk tidak membuat kenyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan keadaan.

Serentak dengan paparan, orang ramai mula membuat andaian bahawa ia memiliki kaitan dengan isu buli ke atas doktor pelatih.

Khairy Jamaluddin - Gambar fail
Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagaimanapun menjelaskan, peringatan itu tiada kaitan dengan isu berkenaan, sebaliknya hanya dasar biasa dan tidak merujuk kepada mana-mana isu berkaitan KKM.

Menurut seorang doktor pakar terkemuka yang enggan namanya didedahkan, peringatan itu seolah-olah satu cubaan untuk menutup salah laku yang berlaku di hospital awam.

“Larangan tu dah lama, kalau ikutkan ia meliputi semua kakitangan awam sebenarnya. Memang kita faham ada bentuk kebebasan bersuara. 

“Betul sepatutnya bukan di media massa, tapi oleh kerana mereka (mangsa) tak dapat luahkan dengan cara birokrasi yang tepat, dia terpaksa bercerita dalam media massa. Jadi macam mana nak suarakan? Orang atasan memang tak nak ketengahkan tuduhan yang dibangkitkan. Bagi saya peringatan itu cuba menutup situasi sebenar yang berlaku selama ini,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perubatan, isu tersebut tidak akan bertambah parah sebagaimana yang didedahkan hari ini, sekiranya ada saluran khas untuk mangsa buli membuat aduan.

Malah katanya, isu itu yang sudah membarah sejak dahulu lagi tidak akan dikongsi menerusi media sosial mahupun media massa jika aduan mangsa didengari.

“Cuba ada saluran untuk buat aduan itu jelas, cuba kalau mereka buat aduan itu ada tindakan. Saya percaya macam-macam tuduhan yang kita dengar hari ini tidak akan keluar merata-rata.

“Kalau tuduhan itu tidak berlaku kenapa perlu takut? Selalunya jawatankuasa yang menyiasat terdiri daripada individu yang melakukan kesalahan itu. Jadi memang sampai bila-bila isu itu akan pusing-pusing situ juga, tak keluar. Tak ada jalan penyelesaian dan penambahbaikan yang boleh dilakukan sebab orang sama ada dalam jawatankuasa itu,” katanya.

Beliau turut berpendapat, pengadu atau mangsa sepatutnya dianggap sebagai ‘whistleblower’ dan perlu dilindungi.

“Kita patut rahsiakan identiti pengadu yang boleh dianggap sebagai ‘whistleblower’. Siapa-siapa yang buat aduan perlu diberi perlindungan sama macam kes rasuah jugalah.

''Tapi nampaknya situasi itu tidak berlaku. Awak bercerita, awak yang kena siasat lebih, jadi sampai bila takkan berakhir dan akan semakin merudum sistem kesihatan negara kita.

“Sepatutnya kita ambil ikhtibar dan baik pulih, bersedia memperbaiki kesilapan, bukan melarikan diri dengan memberi denda, atau menyekat kebebasan bersuara,” katanya.

Pada masa sama, beliau mendedahkan budaya buli di kalangan sesetengah doktor pakar sudah menjadi budaya sejak zaman berzaman.

“Kalau awak nak hebat, awak kena bersekongkol dengan pakar tersebut baru awak boleh dapat jawatan. Kalau tidak bersekongkol melakukan perkara sama, awak akan dikambinghitamkan.

“Itu tradisi di mana-mana tempat kerja pun. Tapi bukan semua bos (doktor) pakar yang jahat. Ada yang masih baik tapi masalahnya yang pegang jawatan besar-besar, selalunya bersikap negatif seperti ini.

''Ada yang masih mengekalkan budaya intimidasi, bodek dan situasi itu masih sama hari ini. Kalau awak tak ikut telunjuk bos awak, masa depan awak gelaplah,” katanya.

Beliau berkata, kebiasaannya mangsa buli terdiri daripada mereka yang jujur, baik dan bertanggungjawab termasuklah doktor pelatih.

“Walaupun awak seorang yang bagus, jujur, baik dan cekap, kadang-kadang lurus bendul, selalunya orang macam inilah sering dianiayai.

“Mangsa juga orang biasa-biasa saja, jenis tak bodek-bodek orang. Tapi ada yang ambil kesempatan atas kebaikan mereka,” katanya.

Susulan pendedahan, beliau berharap agar pasukan petugas khas (taskforce) yang ditubuhkan dan Unit Integriti KKM dapat menyiasat tuduhan yang dibangkitkan secara telus.

Namun katanya, dia berasa sangsi mangsa akan mendapat pengadilan yang sewajarnya.

“Isu itu patut diselesaikan segera tapi saya sangat sangsi tindakan telus akan diambil. Selalunya ‘bos-bos’ di atas pun orang dia juga. 

“Kita memang dah ada audit, unit integriti, banyak tempat dah ada tapi tak berjalan dengan lancar. Maknanya banyak sangat short cut dan kes intimidasi. Contohnya kalau awak nak report tentang bos awak, dia ugut beritahu awak nak naik pangkat tahun depan dan tak akan sign kenaikan itu. Jadi awak pun terpaksa tarik balik aduan tersebut,” katanya. - Getaran, 13 Mei 2022

Sorotan

1

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

Semasa 1 hari yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan

Semasa 23 jam yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

Semasa 22 jam yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah