web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran 30 Rumah, Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Rentung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 5:59PM

Seorang kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak perempuan ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan 30 buah rumah di Kampung Sabah Baru, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.52 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dan pegawai bersama dua jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lahad Datu dikerah ke lokasi kejadian.

"Operasi pemadaman turut dibantu oleh pasukan bomba dari BBP Kunak dan Pasukan Bomba Sukarela Silam.

"Kebakaran melibatkan 30 buah rumah jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan 300x300 kaki persegi dan operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air laut," katanya.

Menurut beliau, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui rentung dalam sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran itu.

Mayat mangsa katanya, telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 1.15 petang selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian. - Getaran, 19 April 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad