web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berang Ditegur, Pemuda Tetak Pakcik Hingga Mati

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 10:14PM

Suspek (baju putih) berjaya ditahan polis di sebuah rumah ladang beberapa jam selepas kejadian. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Berang kerana ditegur, seorang pemuda bertindak menetak bapa saudaranya menggunakan sabit pemotong sawit dalam satu kejadian di Kampung Tradisi Desa Kencana, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Sapii Ahmad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Samak Hassan, 55 itu ditemui dengan kesan tetakan di kepala, leher dan badan.

Menurut beliau, kejadian pada jam 1 petang itu dipercayai itu berlaku apabila suspek yang berusia 21 tahun berang selepas ditegur mangsa kerana sering berkasar terhadap ibunya.

“Pembunuhan itu disaksikan seorang wanita yang sedang membasuh pakaian di kawasan berhampiran.

“Saksi yang ketakutan apabila melihat suspek menetak mangsa dari belakang segera melarikan diri, sebelum laporan polis dibuat oleh seorang penduduk,” katanya.

Sapii berkata, polis yang bertindak atas maklumat menyerbu sebuah rumah di kampung terbabit dan berjaya menahan pemuda itu.

Jelas beliau, polis turut merampas pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian dan pemuda tersebut kini sedang ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine hasil daripada ujian kencing yang dijalankan ke atasnya.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambahnya. - Getaran, 11 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad