web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Sabah Sedia Hadapi PRU-15

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 5:05PM

Idris (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota dan pegawai polis sempena Sambutan Hari Polis ke-215 di Kota Kinabalu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis Sabah sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) meskipun tarikh sebenar acara itu belum diketahui.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, pihaknya telah membuat beberapa persiapan bagi membantu melancarkan proses PRU-15.

"Kita tidak tahu bila tarikh sebenar (PRU 15), namun pasukan polis sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan tugas," katanya, ketika merasmikan sambutan Hari Polis peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

Menurutnya, antara persiapan yang dibuat ialah latihan dalam perkhidmatan dan melibatkan warga PDRM dalam pelbagai bengkel berkaitan.

Bengkel yang disediakan katanya, turut memberi pendedahan berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan keadaan semasa.

Tambahnya, bengkel dan latihan yang diberikan bertujuan untuk mendedahkan dan meningkatkan pemahaman terhadap peraturan serta perundangan bagi memantapkan tugasan pada PRU-15 nanti.

Sementara itu, sambutan Hari Polis di IPK Sabah hari ini dimeriahkan dengan beberapa pertunjukan pasukan keselamatan, termasuk tatacara menyelamat individu penting dalam kecemasan yang turut menggunakan bahan letupan serta memaparkan adegan tembak antara polis dan penjenayah. - Getaran, 25 Mac 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran