web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


41 Pengunjung Pusat Hiburan Langgar Prosedur Operasi Standard (SOP) Dikompaun 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 8:37PM

41 pengunjung sebuah pusat hiburan di Keningau dikompaun kerana melanggar SOP PPN.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KENINGAU - Seramai 41 pengunjung sebuah pusat hiburan di sini, dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Nor Rafidah Kasim berkata, kesemua individu berkenaan dikompaun dalam operasi Op Noda dan operasi pematuhan SOP yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, awal pagi tadi.

Beliau berkata, pengunjung pusat hiburan tersebut sedang leka berhibur dengan muzik yang dipasang dengan sangat kuat ketika serbuan dijalankan pada jam 1.15 pagi.

"Seramai 27 lelaki dan 14 wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun telah diperiksa.

"Kesemua mereka telah dikompaun kerana gagal mematuhi SOP di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKTJ) PPN 2021," katanya.

Nor Rafidah berkata, penjaga premis terbabit turut ditahan untuk siasatan mengikut Ordinan Hiburan Awam 1958 kerana beroperasi tanpa lesen yang sah.

"Kita turut merampas beberapa peralatan muzik dari premis berkenaan yang dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut," tambahnya. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad