web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Johor: Raja Sehari Tetap Tunai Tanggungjawab

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 5:36PM

Zaimah (kanan) dan suaminya, Faiq bergambar di hadapan pusat mengundi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri yang juga pengantin baharu tidak sangka majlis persandingan yang dirancang hari ini akan bertembung dengan kemuncak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Zaimah Nassir, 27, melahirkan rasa teruja apabila dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Johor untuk mengundi walaupun agak sibuk membuat persiapan bagi majlis persandingannya sejak pagi tadi.

Kata pereka grafik itu, dia terpaksa meneruskan majlis persandingannya itu kerana sudah dirancang sebelum tarikh pilihan raya diumumkan.

“Saya agak teruja kerana saya masih dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Johor, walaupun berkahwin hari ini.

“Sebenarnya, kita sudah tetapkan tarikh majlis ini sebelum tarikh pilihan raya diumumkan lagi, jadi apabila dapat tahu hari ini hari mengundi, kami buat keputusan untuk teruskan sahaja majlis,” katanya.

Zaimah ditemui di pusat mengundi di Dewan Kampung Melayu dekat Kampung Melayu Majidee di sini, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, selepas selesai mengundi.

Dia yang ditemani suaminya, pegawai kerajaan, Faiq Basri, 29, tiba di pusat mengundi itu pada jam 3.55 petang.

Pasangan pengantin baharu yang bernikah pada 25 Februari lalu itu akan terus bergegas ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja, Batu Pahat kerana Faiq pula akan mengundi bagi DUN Parit Raja.

Menurut Zaimah, dia bersyukur perjalanan majlis persandingannya dan proses mengundinya juga berjalan lancar.

“Walaupun lokasi majlis persandingan saya berdepan kesesakan lalu lintas memandangkan terdapat pusat mengundi juga di kawasan itu, namun dengan bantuan polis dan pasukan sukarelawan selain saudara mara, masalah kesesakan dapat diselesaikan dan berjalan lancar,” katanya.

Ini merupakan kali kedua Zaimah dan suaminya mengundi. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad