web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Lulus 405 Permit PRN Johor, Buka 4 Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 3:35PM

Polis telah meluluskan 405 permit sepanjang 5 hari kempen PRN Johor, sehingga semalam di seluruh negeri Johor. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor meluluskan 405 permit sepanjang lima hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sehingga semalam di seluruh negeri berkenaan.

Jurucakap Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi PRN Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som, berkata ia turut mencakupi 36 permit diluluskan semalam.

Katanya, bagi tempoh bermula 26 Februari hingga semalam itu, lima permohonan permit ditolak.

“Semalam, sebanyak empat kertas siasatan dibuka membabitkan peruntukan undang-undang tertentu, menjadikan 17 kertas siasatan dibuka Polis Johor sepanjang tempoh berkempen itu.

“Kertas siasatan dibuka itu, antaranya di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.

Ibrahim berkata, pihaknya juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954/Peraturan 16 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan jangkitan) 2021.

“Peruntukan lain adalah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan perkataan atau isyarat mengaibkan kehormatan seseorang serta kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Ibrahim turut menasihatkan semua parti dan kumpulan penyokong sentiasa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 bagi mengelakkan dikenakan tindakan kompaun.

Menurutnya, pihak berkenaan juga perlu mematuhi peruntukan undang-undang ditetapkan dan menghormati antara satu sama lain sepanjang tempoh berkempen.

“Ia termasuk tidak melakukan kerosakan terhadap poster, sepanduk, bendera dan kain rentang milik mana-mana parti politik dengan cara mencabut atau membakarnya kerana ia adalah perbuatan khianat.

“Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, berlandaskan undang-undang sedia ada,” jelasnya. – Getaran, 3 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad