web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fasih Bahasa Mandarin, Calon PBM DUN Stulang Tambat Hati Pengundi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 8:17AM

Muhammad Saiful Bahari (kiri) beramah mesra bersama pengundi di DUN Stulang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Fasih bertutur dalam bahasa Mandarin menjadi antara kelebihan calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dalam mendekati pengundi.

Ia nyata anugerah buat Muhammad Saiful Bahari Sahari yang perlu berdepan tiga pencabar berbangsa Cina di kawasan majoriti Tionghua itu.

Anak muda berusia 33 tahun yang aktif di media sosial itu juga melihat ia sebagai keistimewaan berbanding calon lain.

Muhammad Saiful Bahari berkata, kelebihan yang ada itu membuatkan beliau tidak mempunyai masalah untuk mendekati rakyat DUN Stulang tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan usia.

“Dengan kelebihan yang saya ada termasuk boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, saya yakin boleh mewakili mana-mana kaum atau komposisi kaum di DUN Stulang ini.

“Kita sedia maklum, jumlah kaum Cina di sini mengatasi penduduk Melayu. Saya pergi ke kawasan Melayu pun tiada masalah, ke kawasan Cina pun kita boleh berkomunikasi dengan mereka, jadi saya boleh mewakili mana-mana rakyat di DUN Stulang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bertemu masyarakat DUN Stulang di Medan Selera Sri Stulang di sini, semalam.

Sebagai orang muda, Muhammad Saiful Bahari juga tidak berdepan masalah untuk menggunakan kaedah media sosial sebagai antara medium berinteraksi dengan pengundi.

Katanya, pendekatan berbeza mengikut tren masa kini perlu diguna pakai sebagai antara cara berkempen, memandangkan pengundi muda juga semakin bertambah.

“Saya sendiri pun sebelum ini bergerak agak aktif di media sosial dan pada masa sama, pengundi muda juga bertambah, jadi kita perlu mendekati mereka dengan cara yang lebih segar.

“Orang muda ini agak sukar menerima politik, jadi kita ada pendekatan tersendiri untuk memastikan mereka akan keluar mengundi dan memilih calon terbaik,” jelasnya.

Ini merupakan kali pertama Muhammad Saiful Bahari bertanding dalam pilihan raya dengan membawa nama PBM, iaitu parti yang baharu dilancarkan Disember tahun lalu.

Walaupun PBM ialah parti baharu, termasuk di arena pilihan raya, namun hakikatnya sosok tubuh Muhammad Saiful Bahari sudah biasa kelihatan di kawasan DUN Stulang, kerana selama ini beliau bergerak aktif dengan Yayasan Komuniti Negara sebagai Pengerusi Negeri Johor sejak 2019.

Dengan kelebihan itu, beliau mendapat maklum balas positif daripada masyarakat DUN itu yang sudah mengenalinya, sekali gus memudahkan kempen menarik pengundi.

Beliau bakal berdepan tiga pencabar berbangsa Cina, Yap Chiang Youis dari Perikatan Nasional (PN-GERAKAN), penyandang kerusi DUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng dari Pakatan Harapan (PH-DAP), Ang Boon Heng dari Barisan Nasional (BN) dan seorang calon bebas, Moharam Baharom.

Katanya, persaingan lima penjuru di DUN Stulang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat sangat baik dan pastinya semua calon akan menunjukkan kekuatan masing-masing.

Berkongsi agenda perjuangan, Muhammad Saiful Bahari memberitahu, beliau akan memperjuangkan isu perumahan serta kesihatan, sekiranya diberi peluang sebagai ADUN Stulang. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

2

Politik 3 tahun yang lalu

Ke Mana Hala Tuju Politik Zuraida Selepas Dipecat Daripada PBM?

3

Politik 3 tahun yang lalu

Nasib Zuraida Kini Di Tangan Jawatankuasa Disiplin PBM

4

Politik 3 tahun yang lalu

Berhenti Sahaja Daripada Politik: Larry Minta Zuraida, Sekutu Muhasabah Diri

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad