web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Pemburu Haram Ditahan, 2 Laras Senjata Api Dirampas 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 9:13PM

Satu daripada dua laras senjata api bersama beberapa butir peluru yang dirampas oleh pihak berkuasa dalam operasi Anti Poaching di Jalan Nangoh-Paitan, Beluran, awal pagi, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tujuh lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemburuan haram ditahan Pasukan Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Sabah (PROTECT) dalam operasi Anti Poaching di Jalan Nangoh-Paitan, Beluran, awal pagi, hari ini.

Dalam operasi sekitar jam 1 pagi itu, kesemua individu berkenaan didapati menaiki sebuah pacuan empat roda (4WD).

Ketua Konservator Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Federick Kugan berkata, kesemua suspek ditahan bersama dua laras senjata api dan beberapa butir peluru.

"Selepas diperiksa, mereka gagal menunjukkan sebarang permit untuk memburu hidupan liar serta lesen pemilikan senjata api.

"Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan pemburuan haram, bagaimanapun PROTECT tidak menjumpai sebarang bangkai haiwan," katanya.

Pasukan penguatkuasa memeriksa kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki oleh suspek, dipercayai pemburu haram.
Pasukan penguatkuasa memeriksa kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki oleh suspek, dipercayai pemburu haram.

Menurut beliau, kesemua mereka dan barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan lanjut.

Federick turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pemburuan hidupan liar secara tidak sah.

"Aktiviti berkenaan boleh membawa kepada kepupusan spesies hidupan liar dan menyalahi undang-undang.

"Orang ramai juga diminta menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan pemburuan haram kepada Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar bagi mencegah aktiviti seumpama ini," katanya. - Getaran, 26 Februari 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad