web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Catat Jumlah Tertinggi Kematian Baharu COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 11:34AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, tiga kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,940 dengan 6,437 daripadanya adalah kes BID.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga kes, diikuti Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes.

Johor, Perak, dan Sarawak pula merekodkan satu kes di setiap negeri.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 47,805 kes aktif dilaporkan dengan 40,749 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,042 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 2,890 menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 124 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 70 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,409 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 203,613 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 199,251 dos penggalak, 1,660 dos pertama dan 2,702 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,707,708 atau 78.7 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad