web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Suspek Baharu Disenarai Individu Dikehendaki Oleh ESSCOM 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 11:07AM

Senarai individu yang dikehendaki oleh ESSCOM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 penjenayah rentas sempadan yang dikehendaki termasuk lima suspek baharu.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner (DCP) Hamzah Ahmad berkata, 20 individu warga asing ini mempunyai hubungan dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), dan dikehendaki bagi membantu siasatan dalam kes-kes jenayah rentas sempadan serta penculikan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Menurut beliau, tiga daripada lima individu baharu itu, iaitu Ahadin Hussein, Ellam Sajirin@Nasirin dan Ismurah Jirah disyaki berperanan sebagai 'keepers' dan terlibat dalam kes penculikan di perairan Tambisan.

"Individu keempat yang dikenali sebagai Madjid Said@Ammah Pattit pula merupakan ketua paling senior Daulah Islamiah (DI) Sulu Based dan berperanan sebagai komander ASG Sulu serta sub leader yang bakal menggantikan Hatib Hajan Sawadjaan.

"Individu kelima ialah Mudzrimar@Mundi Sawadjaan yang merupakan anak saudara kepada Hatib Hajan Sawadjaan dan sub leader dalam ASG serta mempunyai kepakaran membuat bom," katanya.

Mudzrimar juga jelas Hamzah, bertindak merancang letupan bagi insiden 'The Our Lady Of Mount Camel Cathedral Jolo' pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo pada 24 Ogos 2020.

Menurut Hamzah, 15 individu yang masih kekal dalam senarai dikehendaki ialah Salip Maura, Al Munjir Yadah, Ben Tatoh Quirino, Basaron Arok, Mujimar Sawadjaan@Rasad, Marajan@Manajan Asiri, Jul Aksan Abdurajan@Halimaw.

Jul@Jun Hasan, Barak Undog@Alvin, Hamsan Pakkan@Black Cobra, Sabri Madrasul@Salip Jul, Hadji Wahad@Talip, Tampi@Bunju, Haibin Mubin@Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko.

Katanya, lima individu yang sebelum ini tersenarai iaitu Apo Mike@Majan Sahidjuan, Raden Abuh, Long Sahirin, Japs Sawadjaan@Musafar Sawadjaan dan Halipa yang telah ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di selatan negara tersebut telah dikeluarkan dari senarai.

"ESSCOM akan memperhebatkan operasi khas untuk menjejak semua anasir terbabit dan melancar operasi bersepadu laut serta darat, bagi membanteras semua elemen tidak diingini di ESSZONE serta  penceroboh yang mengganggu-gugat keamanan atau keselamatan kawasan ini.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu dalam senarai dikehendaki boleh menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau salurkan maklumat melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072," katanya. - Getaran, 27 Januari 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad