web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPV WTCKL Kembali Dibuka Untuk Vaksin Penggalak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 8:37PM

WTCKL akan dibuka semula untuk dijadikan PPV Mega bagi pemberian vaksin penggalak mulai 15 Januari ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kembali menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) (PICK-B) bermula 15 Januari ini.

Ketua Pegawai Operasi WTCKL, Fauzy Wahab berkata, perkara itu selaras visi Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mempercepat dan mempertingkatkan kapasiti pemberian vaksin dos ketiga. 

“Waktu operasi di PPV WTCKL bermula jam 8.30 pagi hingga 9.00 malam setiap hari sepanjang tiga bulan pusat itu beroperasi, iaitu bermula 15 Januari hingga 15 Mac. Sebanyak 9,000 dos vaksin AstraZeneca disediakan untuk orang ramai. 

“Terdapat tiga penganjur penjagaan kesihatan (HCO) yang terlibat dalam program vaksinasi mega di PPV berkenaan, iaitu BookDoc, BP Healthcare dan U.N.I Klinik,” katanya menerusi kenyataan.

Fauzy berkata, memandangkan pemberian vaksin secara ‘walk-in’ tidak lagi dibenarkan Kementerian Kesihatan (KKM), janji temu vaksinasi di PPV itu akan diberikan melalui MySejahtera atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, individu yang menghadiri janji temu dinasihatkan membawa pen sendiri untuk mengisi borang kebenaran sebagai usaha mengurangkan risiko penularan pandemik COVID-19. 

Beliau berkata, laluan khas disediakan di PPV itu untuk kegunaan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

“Kita juga menyediakan “Calm Room” untuk penghidap Gangguan Spektrum Autisme, Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder) dan Serangan Panik (Panic Attack) serta bilik perubatan khas di PPV WTCKL untuk menangani sebarang kes kecemasan di PPV,” katanya.

Mengulas lanjut, Fauzy berkata, kaunter pertanyaan turut disediakan bersebelahan pintu masuk utama WTCKL berhampiran CIMB Bank untuk memberi bantuan segera kepada orang ramai yang mempunyai sebarang isu susulan janji temu vaksin atau berkaitan MySejahtera.

“KKM bercadang membuka pusat panggilan di PPV Mega WTCKL bagi menjawab sebarang pertanyaan berkaitan vaksin, namun ia belum diputuskan pihak kementerian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata kewujudan semula WTCKL sebagai PPV Mega adalah usaha pihaknya untuk menyumbang semula kepada rakyat dan negara. 

Malah, beliau memaklumkan, pihaknya sentiasa bersedia untuk terus menjayakan PICK, seperti dilaksanakan sebelum ini di lokasi itu yang menyaksikan sebanyak 1.3 juta dos vaksin AstraZeneca diberikan kepada 645,000 orang, sekali gus menjadi PPV Mega dengan jumlah dos suntikan paling tinggi.

Irmohanizam memaklumkan, pihaknya komited untuk menawarkan standard perkhidmatan tertinggi dalam usaha melawan penularan COVID-19. 

“Malah, kami sentiasa bersedia untuk meningkatkan kapasiti lebih besar daripada ini sekiranya kerajaan mahu berbuat demikian,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad