web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Kesan 3 Produk Kosmetik Beracun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 1:00PM

Antara produk yang dikesan oleh KKM kerana mengandungi racun berjadual.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti tiga produk kosmetik di pasaran tempatan yang mengandungi racun berjadual, merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu adalah NP Beauty FM Cream, NP Beauty FM Cream-7g dan As’s Beauty Night Cream.

Katanya, susulan itu, notifikasi produk berkenaan sudah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan penjualannya dilarang di pasaran negara.

“Merkuri adalah bahan yang dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. la boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang serta sistem saraf. 

“la juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau bayi dalam kandungan, selain berisiko menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan pada kulit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara produk yang dikesan oleh KKM kerana mengandungi racun berjadual, merkuri.
Antara produk yang dikesan oleh KKM kerana mengandungi racun berjadual, merkuri.

Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan serta pengedarannya serta-merta.

Jelasnya, penjualan dan pengedaran produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan terbabit, katanya, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan.

“Syarikat yang melanggar peraturan sama pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya,” katanya.

Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang awam yang sedang menggunakan produk terbabit supaya menghentikan penggunaannya.

Mereka juga dinasihatkan agar mendapatkan nasihat pakar jika mengalami masalah tidak selesa atau kesan advers.

Orang awam digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.gov.my atau melalui aplikasi 'NPRA Product Status' yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store,” katanya. - Getaran, 8 Januari 2022
 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 34 minit yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar