web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siapa Pihak Luluskan Kolam Takungan Banjir? 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 4:08PM

Fahmi menyenaraikan 6 kolam tadahan di ibu negara yang diasingkan untuk projek pembangunan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, kali ini giliran Fahmi Fadzil pula membangkitkan isu enam kolam takungan di ibu negara yang diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini mempersoalkan tindakan pihak bertanggungjawab meluluskan pemberimilikan beberapa bidang tanah yang sepatutnya dijadikan kolam takungan banjir.

Fahmi Fadzil - Gambar fail
Fahmi Fadzil - Gambar fail

Namun beliau menafikan dakwaan bahawa satu daripada kolam itu diluluskan kerajaan ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi pemerintah.

“Ada yang kata zaman Pakatan Harapan juga ada jual tanah kolam takungan banjir, tapi sebenarnya kolam takungan Taman Desa telah diberi milik pada 12 Jun 2018. Menteri Wilayah, Khalid Samad (ketika itu) hanya dilantik ke kabinet pada 2 Julai 2018.

“Jadi siapa yang luluskan pemberi milikan kolam-kolam takungan banjir ini?,” soalnya.

Beliau turut memuatnaik gambar memaparkan senarai enam kolam tadahan di ibu negara yang telah diasingkan untuk projek pembangunan seperti pembangunan bercampur, kediaman bebas, pangsapuri servis, rumah mampu milik dan taman rekreasi.

Enam kolam takungan banjir itu adalah kolam Batu, kolam Nanyang, kolam Delima, kolam Taman Wahyu, kolam Batu 4 ½ dan kolam Taman Desa.

Berdasarkan senarai tersebut, pemberimilikan kolam Nanyang, Delima dan Taman Wahyu diluluskan pada 9 Oktober 2015 bagi projek pembangunan bercampur, diikuti Taman Desa pada 12 Jun 2018 juga untuk tujuan sama.

Pemberimilikan kolam Batu 4 ½ pula berlaku pada 5 Ogos 2020 untuk projek pembangunan rumah mampu milik, pangsapuri servis dan taman rekreasi. 

Sementara itu, kelulusan kolam Batu pula diberikan untuk pembangunan residensi wilayah premium, residensi wilayah mampu milik, kediaman bebas dan tapak penjaja pada 2 September 2020.

Susulan perkembangan, Fahmi berkata persoalan pemberimilikan tapak kolam takungan banjir yang lain dari 2015 hingga 2020 mungkin boleh dijawab pihak tertentu.

“Antaranya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Menteri Wilayah 2013 – 2018), Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Mac 2020 – Ogos 2021), Menteri Wilayah Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk-Datuk Bandar Kuala Lumpur pada zaman tersebut.

“Sekiranya tanah tersebut milik kerajaan Persekutuan, mungkin isu itu turut boleh dijelaskan Ketua Setiausaha Negara sepanjang tempoh menteri-menteri berkenaan berkhidmat,” katanya yang juga Pengarah Komunikasi PKR.

Pada masa sama, beliau turut bersetuju dengan pendirian Hannah dan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng bahawa isu tersebut perlu disiasat segera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Jika benar telah berlaku pelanggaran maka mereka yang bersalah wajib dibawa ke muka pengadilan.

“Malah saya tetap dengan pendirian bahawa Parlimen sepatutnya dibenarkan membahaskan isu banjir pada 20 Disember lalu kerana ia amat penting di mana begitu banyak harta dan nyawa terkorban,” katanya.

Semalam, laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 kembali tular di media sosial susulan pendedahan laporan enam kolam takungan banjir di Bandaraya Kuala Lumpur diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Ia sekali gus mencetuskan kemarahan ramai kerana tindakan itu bukan sahaja menjejaskan kapasiti kolam takungan banjir, malah merencatkan keseluruhan sistem operasi tebatan banjir, sekali gus risiko berlakunya bencana banjir lebih kerap di Kuala Lumpur. -  Getaran, 29 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad