web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Hanya Diam, NADMA Perlu Jelaskan Kelewatan Bantuan Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 9:00AM

Kerana kelewatan tindakan NADMA rakyat terpaksa bergantung sesama sendiri untuk bantuan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penutup 2021 menyaksikan banyak episod duka berlaku di Malaysia dan terbaharu, bencana alam yang mengakibatkan ratusan ribu mangsa terjejas serta memusnahkan harta benda.

Ada mangsa masih terperangkap di dalam rumah beberapa hari selepas kediaman mereka ditenggelami air, tak kurang juga individu yang terpaksa ‘menginap’ di atas bumbung sambil menahan kelaparan dan kesejukan sementara menanti bantuan tiba.

Paling menyayat hati apabila melihat ribuan gambar yang dikongsi menerusi laman sosial, memaparkan warga emas terlantar dan terpaksa berendam di dalam banjir dengan mesej kecemasan, mengharapkan agar dirinya segera diselamatkan.

Entah di mana silapnya, bantuan yang ditunggu oleh semua mangsa tiba dengan begitu lewat, menyebabkan ramai yang mempertikai kecekapan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam menguruskan musibah kali ini.

Senario itu mendorong Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim menggesa agar agensi tersebut memberi penjelasan teliti tentang kekurangan aset bagi menyelamatkan semua mangsa berkenaan.

Zairudin Hashim
Zairudin Hashim

Menurut beliau, orang ramai ketika ini marah dan begitu kesal dengan kelewatan NADMA membantu mangsa banjir terkandas, sehingga ada yang kehilangan nyawa.

“Bukan NADMA langsung tidak buat kerja namun realitinya kelewatan itu dibangkitkan oleh orang ramai disebabkan perkara ini melibatkan nyawa manusia. Justeru, harus ada penjelasan di pihak kerajaan dan agensi terbabit.

“Wajib bagitahu sebab kepada orang ramai mengapa di sesuatu kawasan banjir yang teruk itu, berlaku kekurangan bot untuk membantu mangsa. NADMA dan menteri bertanggungjawab perlu beri penjelasan kelemahan dihadapi oleh pihak mereka,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dalam pada itu Zairudin menegaskan, disebabkan kegagalan kerajaan dalam memberi penjelasan, pasukan penyelamat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima tempias cercaan serta kecaman daripada netizen yang mendakwa pihak berwajib lambat bertindak dalam menyelamatkan mangsa banjir.

“Inilah punca mengapa ada dakwaan NGO lambat sampai, sedangkan kerja ini kami lakukan secara sukarela untuk membantu dan pihak keselamatan pula terpaksa menunggu arahan daripada pihak atasan. Perkara ini membuktikan tiada koordinasi yang jelas dilakukan oleh NADMA.

“Sudah tiba masanya NADMA mainkan peranan memikirkan adakah akan berlakunya gelombang kedua, dan memastikan setiap agensi telah bersiapsiaga dari pelbagai sudut, khasnya dalam menggerakkan anggota menyelamat untuk memberi bantuan segera,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan, terdapat keperluan segera buat kerajaan untuk mengkaji semula secara mendalam sistem perparitan dan saliran di Kuala Lumpur serta Lembah Klang, selain melakukan penambahbaikan.

“Sistem perparitan dan saliran tidak sempurna yang perlu dibaiki serta longkang tersumbat merupakan antara punca berlakunya banjir, seperti mana dibangkitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di Parlimen.

“Langkah itu termasuk melaksanakan penilaian risiko banjir kilat, membina infrastruktur sistem saliran bandar, dan penguatkuasaan ketat terhadap orang awam, kontraktor pembinaan, penjaja serta pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan menggesa agar kerajaan membuat analisa secara holistik berkenaan banjir besar yang melanda negara ketika ini.

Shahir Adnan
Shahir Adnan

Menurut beliau, tidak wajar apabila ada sebilangan menteri menjadikan banjir terbabit sebagai propaganda politik, dengan memenuhi bot untuk membawa pegawai dan pengiring, sekadar untuk tatapan lensa kamera.

“Pasca banjir adalah keadaan yang perlu diteliti sekarang. Demi kelangsungan hidup, bantuan kewangan perlu disalurkan secepat mungkin tanpa kerenah birokrasi.

“NADMA yang ditubuhkan setelah banjir besar pada 2014  juga dilihat gagal bertindak pantas dalam situasi bencana kali ini,” katanya.

Shahir berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran awal berkenaan hujan lebat yang bakal melanda, namun, tiada peringatan tambahan oleh mana-mana pihak untuk menyedarkan rakyat bahawa hujan lebat kali ini amat luar biasa.

Disebabkan itu, beliau menjelaskan, ramai yang menyangka ia hanyalah sekadar hujan lebat biasa yang dialami negara ini.

“Jadi tidak timbul soal menuding jari kepada mana-mana agensi kerana pelbagai aset lain juga gagal digerakkan dengan cepat, walhal kita berbangga mempamerkan semua ‘khazanah’ tersebut pada perarakan Hari Kemerdekaan.

“Bot kecil, sampan, kenderaan amfibia dan sebagainya tidak digunakan dengan cepat.

“Rakyat Malaysia juga yang cemerlang kerana bertindak pantas membawa bot dan sampan persendirian untuk menyelamatkan mangsa banjir,” ujarnya. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad