web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarek Obaid Sebabkan US$120 Juta Wang 1MDB, PSI Dipindahkan Ke Akaun Eskrow

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 8:06AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa Pengarah PetroSaudi International Ltd (PSI), Tarek Obaid mempunyai kuasa mutlak ke atas akaun syarikat itu dan didakwa menyebabkan kira-kira US$120 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PSI untuk dipindahkan ke akaun eskrow.

Timbalan Pendakwa Raya Budiman, Lutfi Mohamed dalam hujahannya berkata Tarek sepanjang masa berkaitan merupakan orang yang mempunyai kawalan mutlak ke atas akaun PetroSaudi termasuk pemindahan dana, kerana beliau adalah penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

“Nama Tarek bukan sahaja disenaraikan sebagai pengarah dan penandatangan yang sah untuk syarikat-syarikat itu, tetapi nama beliau juga terdapat dalam identiti pemilik benefisial akaun tersebut.

“Penegasan oleh seorang daripada pegawai penyiasat kes dalam afidavitnya juga menyatakan bahawa, Tarek telah dan terus mempunyai kawalan tetap terhadap semua entiti di bawah kumpulan syarikat PetroSaudi,” katanya.

Budiman mengemukakan permohonan kerajaan untuk menyekat Tarek, PSI dan anak syarikatnya PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Ltd (PSOS-VZ) daripada menggunakan lebih US$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB yang disimpan dalam akaun eskrow di firma undang-undang di United Kingdom (UK), Clyde & Co di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

Pada 16 Julai 2020 mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk perintah interim bagi menyekat Tarek, PSI dan PSOS-VZ daripada memindahkan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dan disimpan dalam akaun eskrow di sebuah firma guaman di UK, ke entiti lain.

Perintah interim itu untuk mengekalkan status quo pihak-pihak berkaitan sehingga pelupusan permohonan sekatan oleh kerajaan yang memohon perintah untuk menyekat sebarang urusan mengenai wang milik PSI dan PSOS-VZ yang kini berada dalam akaun eskrow yang dipegang oleh Clyde & Co.

Selain US$340 juta, kerajaan juga memohon wang yang tidak ditentukan yang disimpan di bawah nama akaun perantaraan Temple Fiduciary Services Limited di Barclays Bank, UK.

Permohonan tersebut difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) yang menamakan Tarek, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co dan Temple Fiduciary, masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima.

Pendengaran di hadapan Hakim Ahmad Shahrir bersambung Khamis ini. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad