web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warganet Teruja Lihat Fenomena 'Darah Hijau'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 9:02PM

Tular gambar yang memaparkan beg darah berwarna hijau di media sosial semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umum mengetahui bahawa darah manusia berwarna merah, tetapi tular di media sosial sejak semalam mengenai sekeping gambar memaparkan beg darah berwarna hijau.

Fenomena darah berwarna hijau itu mengundang 1,001 persoalan di kalangan warganet yang teruja mengenainya.

Ada di antara mereka yang menyamakan darah berwarna hijau itu seperti air tebu dan juga air mangga.

“Baru pertama kali tengok darah warna lain. Hebat,” kata Hafiz Ismail.

“Kadang-kadang, makan herba-herba tradisional pun plasma jadi keruh kehijauan. Mungkin sebab sulfonamides tu juga,” kata pula Anang Zain.

Namun Derma Darah Terengganu Kite menerusi satu hantaran di Facebook menjelaskan peningkatan ceruloplasmin adalah faktor utama plasma darah yang telah diasingkan dari sel darah merah menjadi warna hijau.

“Ianya boleh berlaku kerana makan pil perancang keluarga (seperti yang terjadi kepada penderma ini) dan penyakit sendi (seperti rheumatoid arthritis dan ankylosing spondylitis).

“Selain itu ubat yang mengandungi sulfonamides juga boleh sebabkan plasma menjadi hijau akibat penghasilan sulfhaemoglobin,” katanya.

Namun, jurucakap Facebook rasmi Perkhidmatan Tabung Darah Negeri Terengganu itu berkata, darah berwarna hijau tidak berbahaya kepada penerima.

Malah, darah tersebut boleh dianggap lebih baik daripada yang berwarna kuning.

“Adakah ianya berbahaya? Tidak, malah kajian menunjukkan plasma hijau ini lebih baik dari plasma biasa berwarna kuning kerana ia mengandungi faktor koagulasi lebih tinggi, yang mana lebih baik dalam membantu menghentikan perdarahan.

“Namun secara praktisnya kami tidak berikan plasma hijau kepada pesakit kerana para doktor mungkin akan syak jangkitan kuman Pseudomonas (kesan jangkitan berwarna kehijauan) apabila melihat warna plasma tersebut,” katanya.

Sementara itu, beberapa warganet turut bertanyakan kegunaan darah berwarna hijau itu yang tidak digunakan terhadap pesakit.

Menurut jurucakap akaun Facebook itu lagi, darah tersebut akan digunakan untuk kajian dan pembelajaran.

“Buat kajian dan pembelajaran. Namun darah merahnya masih boleh digunakan kepada pesakit,” katanya. - Getaran, 4 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar