Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih Wajar Gaji Rakyat Ditingkatkan, Berbanding Tambah Umur Persaraan - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 8:58PM

Kerajaan perlu mencari pendekatan bagi meningkatkan dan memperkasakan skim gaji pekerja supaya taraf kehidupan rakyat bertambah baik. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ''Tiada keperluan untuk kerajaan meningkatkan had umur persaraan sedia ada bagi kakitangan awam, walaupun perkara itu disyorkan Bank Dunia,” tegas Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Sebaliknya, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berpandangan, adalah lebih wajar untuk kerajaan mencari pendekatan bagi meningkatkan dan memperkasakan skim gaji pekerja supaya taraf kehidupan rakyat bertambah baik sesuai dengan kos sara hidup ketika ini.

“Gaji minimum semasa RM1,200 perlu ditingkatkan dengan segera agar selari dengan hasrat kerajaan yang mahu meningkatkan purata pendapatan isi rumah kepada RM10,000 sebulan pada tahun 2025, malah memastikan usaha ini dapat dicapai dengan komprehensif untuk semua rakyat.

“Apabila gaji dan pendapatan rakyat dapat ditingkatkan, sudah tentu simpanan untuk hari tua juga bertambah, sekali gus membolehkan mereka kekal menikmati kehidupan baik selepas persaraan kelak,” katanya hari ini.

Adnan Mat
Adnan Mat

Adnan berkata, CUEPACS berpendapat had umur persaraan sedia ada, iaitu 60 tahun sudah cukup memadai bagi keperluan semasa di negara ini.

Malah, katanya, sebarang bentuk cadangan untuk meminta kerajaan mengkaji semula keperluan meningkatkan had umur persaraan sedia ada tidak wajar dilontarkan mana-mana pihak, memandangkan situasi semasa melatari Malaysia ketika ini tidak sama dengan negara maju lain.

Jelasnya, ketika ini kerajaan sedang berhadapan dengan kekangan kewangan, apabila banyak peruntukan disalurkan untuk memulihkan semula ekonomi dan membantu rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

“Keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan ketika ini juga menyaksikan ramai rakyat masih lagi menganggur dan sukar mencari peluang pekerjaan setimpal kelayakan.

“Situasi ekonomi yang tidak begitu baik juga mengakibatkan peluang pekerjaan baharu di sektor swasta tidak dapat memenuhi permintaan dalam pasaran buruh semasa negara,” katanya.

Menurut Adnan, setiap tahun juga ratusan ribu graduan dilahirkan untuk memasuki pasaran kerja yang turut berharap dapat menikmati pekerjaan sesuai dengan kelayakan masing-masing.

“Jika kita terus meningkatkan had umur persaraan sedia ada, ia sudah tentu menyukarkan golongan muda mendapat peluang kerja yang baik.

“Kita tidak mahu mereka ini terpaksa melakukan apa sahaja pekerjaan yang tidak setara dengan kelayakan, sehingga mengakibatkan taraf hidup rakyat tidak meningkat walaupun negara semakin maju,” katanya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, CUEPACS berpendapat cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan sedia ada tidak sesuai dilakukan dalam tempoh tiga hingga lima tahun dari sekarang.

“Cadangan ini juga tidak sesuai sehingga keadaan ekonomi negara semakin kukuh dan berkembang baik,” katanya. - Getaran, 27 November 2021

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Guna Akaun 3? Carum Semula Secara Sukarela - Pakar Ekonomi

oleh Diyana Nawwar

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Buru Pencuri Pakaian Dalam Wanita di Balik Pulau

Semasa 1 hari yang lalu

Pernah Melihat Mereka? Sila Hubungi Polis Jika Ada

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang