web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


16 Kes COVID-19 Dikesan, Datai Tutup Operasi 10 Hari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 5:38PM

Kesemua pekerja The Datai Langkawi yang dikesan positif selepas menjalani ujian saringan secara berkala.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat peranginan lima bintang, The Datai Langkawi menutup sementara operasi selama 10 hari selepas 16 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerjanya.

Menurut jurucakap hotel mewah tersebut, kesemua mereka dikesan positif wabak itu ketika menjalani ujian saringan secara berkala bagi memastikan keselamatan tetamu dan kakitangan.

“Mereka yang disahkan positif telah diasingkan dan diarah menjalani perintah kuarantin, manakala pembersihan dan sanitasi terperinci akan dilaksanakan di resort berkenaan,” katanya hari ini.

Katanya, semua kontak rapat telah dikesan.

“Ketika siasatan terperinci dan teliti, kes-kes positif berikutnya telah disahkan. Pihak pengurusan resort segera mengaktifkan kuarantin.

“Kami juga telah melaksanakan ujian susulan ke atas pekerja yang lain secara rawak,” katanya.

Penutupan sementara resort itu jelas beliau, adalah sebahagian daripada prosedur dan atas kewaspadaan serta keprihatinan terhadap kesejahteraan tetamu serta pekerja.

Susulan penutupan, pihak pengurusan turut memohon maaf kepada semua tetamu yang menginap di hotel berkenaan.

“Bagi sebarang tempahan sedia ada untuk tarikh penginapan yang termasuk dalam tempoh penutupan sementara, pihak resort menawarkan pertukaran tarikh atau pembatalan percuma tanpa penalti dan bayaran balik penuh.

“Semua tetamu yang terbabit akan dihubungi terus untuk pilihan alternatif,” katanya. - Getaran, 22 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad