web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kehilangan Anak Secara Mengejut Jejas Psikologi Ibu Bapa, Trauma Berpanjangan - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 5:17PM

Rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak dilanggar oleh sebuah van sekolah di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehilangan insan tersayang dengan sekelip mata pastinya memberikan kesan mendalam kepada seseorang.

Apatah lagi jika kehilangan membabitkan ibu bapa yang kematian anak mereka.

Pakar Psikologi Universiti SEGi, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor, kesan daripada kehilangan anak secara mengejut akan menyebabkan seseorang itu mengalami trauma dalam jangka masa yang panjang.

Menurut beliau, kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun akibat dilanggar pemandu van sekolah di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, semalam memberi kesan psikologi bukan sahaja ke atas ibu bapa mangsa, tetapi juga kepada individu yang telah menonton video berkenaan.

“Kalau daripada aspek psikologi, siapa sahaja yang melihat video berkenaan, walaupun bukan anak sendiri, mereka akan merasa terkesan dan trauma yang teruk, terutama jika ada anak yang sebaya mangsa. 

“Ada ibu bapa yang mula melahirkan rasa bimbang, ragu-ragu mahu menghantar anak ke sekolah dan mula terfikir, bagaimana cara bagi memastikan anak mereka selamat," katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Mariani Md Nor
Dr Mariani Md Nor

Mariani berkata, bukan mudah untuk melupakan peristiwa hitam tersebut terutama bagi ibu bapa mangsa.

“Sebab itu saya kata, trauma yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak tersebut mungkin akan berpanjangan kerana kematian anak mereka. Dalam masa sama, video tersebut telah tersebar dan ditonton  oleh orang ramai. Walaupun sudah dipadam, tetapi saya pasti video tersebut telah dikongsi pelbagai pihak.

“Atas faktor ini, kebimbangan dan kecemasan akan sentiasa berlaku kepada orang yang melihat, sebab itu saya sendiri tak berani nak melihat secara keseluruhan,” ujarnya lagi.

Beliau juga menjelaskan, adalah wajar sekiranya mana-mana individu melahirkan rasa marah kepada pemandu tersebut.

“Daripada video yang tular, kita lihat ia berpunca daripada kelalaian pemandu itu sendiri. Jadi apabila ada ibu bapa yang melihat video berkenaan mula melahirkan rasa marah, saya tidak salahkan mereka.

“Apa yang dia (pemandu) nak kejar? Memang kadang-kadang ada pemandu yang bersikap terburu-buru mahu menuju ke destinasi lain," katanya, kesal.

Mengulas lanjut Mariani berkata, keluarga serta orang ramai perlu memberikan sokongan kepada kedua ibu-bapa pelajar terbabit, tetapi pada masa sama perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diadili.

.“Difahamkan pihak polis telah menahan pemandu berkenaan, jadi biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan lanjut dengan baik dan berkesan.

“Saya percaya, di sekolah ada ko-kurikulum yang mengajar murid untuk bersikap lebih berhati hati ketika berada di jalan raya," katanya.

Mariani menegaskan semua pihak perlu memainkan peranan sama ada ibu bapa, tenaga pengajar atau pengasuh, pihak sekolah, pemandu bas dan van sendiri, agar insiden yang berlaku ini boleh dijadikan pengajaran dan tauladan.

“Jika ada ibu bapa yang menghantar anak mereka menggunakan kenderaan yang disewa, perlu teliti bagaimana pemandu kenderaan sekolah tersebut menghantar anak, modus operandi pemandu itu dalam menurunkan anak dan dalam mengambil anak yang lain untuk dibawa pulang.

"Semua itu harus diambil kira oleh ibu bapa, memanglah akan dikatakan cerewet tetapi ini adalah untuk keselamatan anak anak tersebut. Dalam masa yang sama, pihak sekolah juga perlu ada laluan yang sistematik supaya pemandu boleh menurunkan pelajar dengan cara yang elok,” katanya. - Getaran, 13 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad