web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sijil Lahir Malaya Sarat Kesenian Kesultanan Melayu

Berpadanan dengan kekayaan kebudayaan dan kesenian Kesultanan Raja-Raja Melayu, ‘sijil kelahiran’ Persekutuan Tanah Melayu dihiasi dengan lakaran corak serta adunan warna yang indah. Dokumen yang reka bentuknya dihasilkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia itu adalah punca kuasa kebebasan Negeri-Negeri Melayu dari belenggu kolonialisme. Dalam laporan khas bersiri Getaran, Teras Merdeka, yang keempat dan terakhir ini, kami menemu bual seorang daripada arkivis bertanggungjawab menjaga kemaslahatan watikah Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, bagi mendapatkan gambaran terperinci nilai kesenian dan makna dokumen tersebut.

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 8:39AM

Dokumen Asli Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mungkin ramai tidak tahu bahawa corak kerawang awan larat yang membingkaikan kedua-dua muka surat watikah Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dihiasi dengan rona emas, biru dan merah.

Kesemua warna yang disulam ke dalam watikah tersebut tidak dihasilkan melalui campuran dakwat mesin pencetak, sebaliknya diperbuat daripada sumber alam semula jadi, jelas Ketua Seksyen Penyelidikan Khas Arkib Negara Malaysia, Hanizah Jonoh.

Hanizah Jonoh
Hanizah Jonoh

“Warna biru dalam watikah ini diperbuat daripada serbuk batu permata lazuardi, manakala warna emas itu pula memang menggunakan emas 24-karat dan warna merah dalam watikah itu dihasilkan oleh campuran bahan semula jadi,” tambah Hanizah ketika ditemu bual oleh Getaran baru-baru ini.

Penggunaan bahan mahal dalam penghasilan watikah Pemasyhuran Kemerdekaan yang diperbuat daripada kulit anak kambing ini adalah bagi memastikan ia tidak lapuk dimamah zaman sekali gus menjadi  warisan untuk tontonan generasi akan datang.

Versi Bahasa Inggeris Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan.
Versi Bahasa Inggeris Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan.

“Pengunaan bahan-bahan seperti ini memang satu tradisi kesultanan kita dalam penghasilan warkah Diraja. Sebab itu kalau kita perhatikan, warna-warna dalam watikah ini tidak kembang,” jelasnya.

Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan, yang disimpan rapi dalam peti besi Arkib Negara, adalah antara dokumen terpenting dalam negara dan menurut Hanizah, bukan sembarangan orang berpeluang untuk mengamatinya.

“Ia ibarat sijil kelahiran sebab ia membuktikan bahawa negara baru wujud.

“Setiap pembuktian mestilah melalui dokumen, jadi watikah inilah yang memasyhurkan perkara itu, untuk mengabsahkan kewujudan Persekutuan Tanah Melayu,” ujar Hanizah.

Versi Bahasa Melayu Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan yang ditulis dalam Jawi.
Versi Bahasa Melayu Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan yang ditulis dalam Jawi.

Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang pada ketika itu masih menggunakan abjad Jawi.

Ia menggagaskan lapan perkara penting yang membabitkan pengembalian kedaulatan semua negeri di Persekutuan Tanah Melayu, termasuklah negeri-negeri selat dan pembentukan sebuah kerajaan Raja berperlembagaan berdasarkan demokrasi berparlimen.

Setiap mukadimah untuk segala isi penting dalam watikah tersebut dimerahkan bagi memberi penekanan perihal kepentingan kandungan yang menyusuli semua kalimat permulaan dalam dokumen tersebut.

Tandatangan Tunku Abdul Rahman pada Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan.
Tandatangan Tunku Abdul Rahman pada Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan.

“Sebenarnya watikah ini adalah ucapan yang Tunku (Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman) baca sebelum dia laung ‘Merdeka’ sampai tujuh kali (di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957).

“Dan kalau kita perhatikan, Tunku menandatangani watikah ini sebagai ‘Abdul Rahman Putra’. Beliau tidak letak pun gelaran ‘Tunku’-nya itu.

“Tunku merendahkan dirinya. Ini tidak memeranjatkan sebab kita memang tahu bahawa Tunku adalah seorang Putera Raja yang berjiwa rakyat,” kata Hanizah. - Getaran, 31 Ogos 2021.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad