Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nostalgia Makan Bertalam Di Rumah Atap Kuning

Selera Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 8:09PM

Pengunjung terutama masyarakat bandar yang tidak pernah merasa kehidupan di kampung boleh berkunjung ke Rumah Atap Kuning di Kuala Kangsar, Perak untuk menikmati masakan kampung serta pengalaman kehidupan desa. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Mahu pelanggan menikmati suasana seperti pulang ke kampung halaman, seorang bekas setiausaha syarikat menjadikan kediamannya sebagai rumah makan yang menawarkan masakan kampung yang digelar Rumah Atap Kuning.

Lebih menarik, masakan kampung yang enak akan dihidangkan di dalam talam bagi membangkitkan nostalgia masa silam, sambil dikelilingi keindahan alam termasuk sawah, denai dengan ditemani keriuhan bunyi ayam dan itik, berlatar belakangkan suasana matahari terbenam.

Zaida Mohamed Abdul Aziz, 51, menganggap pelanggan yang datang ke rumah tradisional Perak itu ibarat tetamu yang datang dari jauh untuk menikmati hidangan hasil air tangannya.

Pemilik Rumah Atap Kuning, Zaida Mohamed Abdul Aziz, menunjukkan juadah masakan kampung yang ditawarkan kepada pelanggan. – gambar BERNAMA
Pemilik Rumah Atap Kuning, Zaida Mohamed Abdul Aziz, menunjukkan juadah masakan kampung yang ditawarkan kepada pelanggan. – gambar BERNAMA

"Terdapat dua pilihan hidangan iaitu Talam A dan Talam B dengan harga RM140 bagi satu kumpulan empat orang atau RM35 sekepala," katanya ketika ditemui di Rumah Atap Kuning di sini baru-baru ini.

Antara menu yang dihidangkan ialah gulai lemak ikan patin bersama tempoyak, gulai ayam kicap, ayam rendang daun puding, gulai itik, rendang pucuk paku taik minyak, asam pedas telur itik, gulai lemak telur itik dengan belimbing buluh, puyuh salai, ikan pekasam, sambal gesek dan ulam-ulaman.

Juadah masakan kampung yang ditawarkan oleh Rumah Atap Kuning dihidangkan di dalam talam, antaranya gulai lemak ikan patin bersama tempoyak, gulai ayam kicap, ayam rendang daun puding, gulai itik, rendang pucuk paku taik minyak, asam pedas telur itik, gulai lemak telur itik dengan belimbing buluh, puyuh salai, ikan pekasam, sambal gesek dan ulam-ulaman. – gambar BERNAMA
Juadah masakan kampung yang ditawarkan oleh Rumah Atap Kuning dihidangkan di dalam talam, antaranya gulai lemak ikan patin bersama tempoyak, gulai ayam kicap, ayam rendang daun puding, gulai itik, rendang pucuk paku taik minyak, asam pedas telur itik, gulai lemak telur itik dengan belimbing buluh, puyuh salai, ikan pekasam, sambal gesek dan ulam-ulaman. – gambar BERNAMA

Tidak ketinggalan, kordial sirap serta pencuci mulut tapai ubi dan agar-agar merah yang semua sajian dihidangkan di dalam dulang klasik zaman dahulu termasuk pinggan dan cawan.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata selepas menjamu selera, tetamu boleh menghabiskan masa mengambil gambar di sekitar rumah dan memberi makan kepada itik dan ayam.

“Kita juga sediakan persalinan kain batik dan pelekat untuk mereka yang mahu berpakaian ala tradisional, malah ada tetamu yang siap-siap memakai pakaian tradisi Melayu dari rumah lagi,” katanya yang hanya membuka slot makan tengah hari dari 12 tengah hari hingga 3 petang pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Menceritakan idea untuk membuka Rumah Atap Kuning, Zaida yang turut mempunyai perniagaan makanan di Kuala Lumpur berkata tanah seluas hampir satu hektar di situ dibeli dan dibina rumah tradisional yang asalnya mahu dijadikan rumah kedua untuk berehat pada hujung minggu.

Namun, oleh sebab mahu memanfaatkan ruang dan kawasan di sekitar rumah tradisional itu, Zaida dan suami A. Wahab, 52, serta anaknya perempuannya, Aida Batrisya Zainal, 22, cuba menjadikannya sebagai premis privasi untuk tetamu menjamu selera.

Pengunjung Rumah Atap Kuning mengambil peluang untuk bergambar di persekitaran rumah ketika tinjauan Bernama di Bukit Lada Sayong baru-baru ini. – gambar BERNAMA
Pengunjung Rumah Atap Kuning mengambil peluang untuk bergambar di persekitaran rumah ketika tinjauan Bernama di Bukit Lada Sayong baru-baru ini. – gambar BERNAMA

Buat masa ini, perniagaan yang telah beroperasi lebih dua bulan itu menawarkan slot makan tengah hari sahaja dengan ruang di dalam rumah itu boleh memuatkan hingga 30 orang atau enam hingga tujuh kumpulan pada satu-satu masa termasuk makan di wakaf di luar rumah.

Disebabkan sambutan daripada pelanggan begitu menggalakkan, mereka yang ingin menikmati hidangan istimewa ditawarkan di Rumah Atap Kuning perlu membuat tempahan seminggu atau dua minggu lebih awal berserta deposit sebanyak 50 peratus.

“Memang ada pelanggan yang kecil hati bila datang secara walk in kerana mereka tidak tahu perlu tempah terlebih dahulu, ada juga yang perlu menunggu giliran kerana tempahan telah penuh,” katanya yang berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang.

Bagi memberi lebih peluang kepada pelanggan, Zaida membuka ruang rumahnya untuk slot sunset hi-tea bermula 5 petang hingga 7 malam dengan dihidangkan kuih serabai bersama kuah durian serta kopi atau teh panas berharga RM10 sekepala.

Pengunjung boleh menikmati hidangan masakan kampung dengan duduk bersila atau bertimpuh di atas lantai. - gambar BERNAMA
Pengunjung boleh menikmati hidangan masakan kampung dengan duduk bersila atau bertimpuh di atas lantai. - gambar BERNAMA

Sementara itu, seorang guru, Siti Zawiyah Mohamad Basari, 40, sanggup memandu lebih 120 kilometer dari Kulim, Kedah semata-mata mahu merasai suasana makan di rumah zaman dahulu sambil menikmati keindahan kampung.

“Saya tahu mengenai Rumah Atap Kuning ini melalui Facebook dan telah dua kali datang membawa rakan-rakan sekerja dan hari ini saya ke sini bersama ibu dan suami, ternyata harga yang dibayar sangat berbaloi dengan layanan yang diberikan, saya pasti akan berkunjung lagi,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku