web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasai Aneka Makanan Cina Siam Yang Autentik

Coca Restaurant menyediakan pelbagai masakan Sino-Thai yang enak, boleh anda cuba.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 May 2021 8:44AM

Mi Ubi Ungu

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak 1957, Coca Restaurant menghidangkan makanan-makanan Sino-Thai atau Cina Siam yang autentik dan asli serta sudah pun mempunyai 16 cawangan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Terletak di Bangsar Shopping Centre (BSC), Coca Restaurant ini adalah satu-satunya cawangan di Malaysia. Nilai-nilai keramahan, masakan penuh kasih sayang dan makanan-makanan tradisi masyarakat berketurunan Cina di Thailand menjadi daya penarik restoran yang satu ini.

Suhun Ketam
Suhun Ketam

“Ini adalah visi Khun Pitaya selaku pengerusi, yang mempelajari perniagaan makanan daripada mendiang ayahnya tentang komitmen kepada mutu dan inovasi serta nilai-nilai kekeluargaan,” kata Trevor MacKenzie, Pengarah Urusan COCA & Mango Tree Restaurants Worldwide.

Sekian lama, budaya keluarga dan persahabatan di Asia adalah untuk berkumpul bersama, menikmati makanan dengan intim di atas satu meja yang sama. Satu meja yang penuh dengan makanan-makanan istimewa.

COCA Restaurant mencerminkan masa lalu, namun dalam masa sama ‘melihat’ masa hadapan, “Ia sempurna untuk komuniti. Kehangatan makanan-makanan sihat yang enak, jujur dan khas buatan sendiri untuk dinikmati bersama insan-insan tersayang,” tambah Trevor. 

Patanko
Patanko

Coca Restaurant dibuka sepanjang hari, menyediakan sarapan pagi seperti bubur dan Patanko tradisi, dihidangkan bersama secangkir kopi. 

Makanan tengah hari pula menumpukan kepada menu-menu sup seperti mi wantan yang memadukan cita rasa klasik dengan sentuhan moden seperti Mi Ubi Ungu. 

Menu-menu masakan Kantonis seperti Itik Salai/Sumbat yang dimasak perlahan dan Suhun Ketam. Terdapat juga dim sum dan roti kukus untuk makanan sampingan, siang hingga malam.

Itik Salai & Suki Hot Pot
Itik Salai & Suki Hot Pot

Sejak didirikan dengan hanya 20 kerusi pada 64 tahun lalu, COCA Restaurant turut terkenal dengan gaya pelanggan memasak sendiri di dalam periuk panas. 

Buat mereka yang gemarkan hidangan periuk panas, Suki Hot Pot menawarkan aneka pilihan sup kaldu (ayam, sayuran, tom yam atau cendawan trufel).

Ini termasuklah sup kaldu daging perdana seperti daging wagyu atau daging batang pinang (sirloin). Turut serta sup kaldu makanan laut seperti udang harimau dan sotong, juga bebola ikan. 

Untuk pelengkap selera, nikmati makanan-makanan Cina Siam ini dengan secangkir teh wangi. – Getaran, 24 Mei 2021


Lokasi - Aras 3, BSC, Jalan Maarof, Bangsar
Lokasi - Aras 3, BSC, Jalan Maarof, Bangsar

Semua gambar: Coca Restaurant








 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi