Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Memasak Bukan Lagi Kerja Renyah, Pilih Produk Jimat Masa Yang Mudahkan Cara Hidangan Ayam 

Istimewa buat penggemar ayam, khususnya ayam goreng, kini anda boleh dapatkan produk sejuk beku jenama Tyson di pasaran untuk memudahkan kerja-kerja di dapur.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 5:00PM

Ayam Goreng Klasik Tyson - Gambar ihsan Tyson

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi golongan berkerjaya, memasak adalah tugasan terakhir yang ingin dilakukan apabila sampai di rumah pada hari-hari bekerja. 

Bukan malas, tetapi hakikatnya menyediakan makanan citarasa Malaysia, prosesnya agak renyah. Jadi, cara yang mudah untuk mengisi perut ialah dengan menjamu selera di kedai ataupun buat pesanan makanan secara online.

Tyson Grilled Tender Chicken - Gambar ihsan Tyson Foods Malaysia
Tyson Grilled Tender Chicken - Gambar ihsan Tyson Foods Malaysia

Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, tugas memasak sebenarnya menjadi semakin mudah. Banyak produk makanan di pasaran yang boleh dijadikan pilihan untuk menjimatkan masa penyediaan makanan. Lebih-lebih lagi jika anda tidak terlalu cerewet dan boleh menikmati apa sahaja menu yang boleh mengenyangkan.

Istimewa buat penggemar ayam, khususnya ayam goreng, kini anda boleh dapatkan produk sejuk beku jenama Tyson di pasaran untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. Jenama asal Amerika Syarikat ini menyediakan pelbagai pilihan produk berkualiti kelas dunia, lazat dan juga 100 peratus halal.

Tyson Chicken Karaage - Gambar ihsan Tyson Foods Malaysia
Tyson Chicken Karaage - Gambar ihsan Tyson Foods Malaysia

Memahami keperluan pengguna yang menjalani rutin harian yang sibuk, rangkaian produk ini dapat disediakan dengan mudah dan pantas dan ini membolehkan sesiapa sahaja boleh menikmati sajian kegemaran mereka pada sebarang masa.

Pengguna boleh menyediakannya terus, daripada peti sejuk beku ke penggoreng, dengan tiga langkah mudah - koyak pek, goreng ayam dan nikmati kerangupan Ayam Jenama Tyson!

Tyson Chicken Katsu - Gambar ihsan Tyson Foods Malaysia
Tyson Chicken Katsu - Gambar ihsan Tyson Foods Malaysia

Bagi memastikan setiap individu dapat menikmati keenakannya, Jenama Tyson menawarkan pelbagai pilihan produk ayam sejuk beku seperti Ayam Goreng Klasik, Kepak Ayam Buffalo, Karaage Ayam, Hirisan Ayam Ranggup, Peha Ayam Panggang, Tender Ayam Digril dan Nuget Ayam.

“Sejak permulaan Jenama Tyson pada tahun 1935, kami mempunyai hanya satu tujuan - untuk meningkatkan jangkaan dunia tentang perubahan yang boleh dibawakan oleh hidangan yang enak. 

(Dari kiri) Pengarah Urusan Tyson Foods Malaysia, Victor Sim, Naib Presiden Komersial Tyson Foods Asia Pasifik, Lee Yeong Sheng, Presiden di Tyson Foods Asia Pasifik, Tan Sun dan Pengarah Inovasi Tyson Foods Malaysia, Chew Kai Lee ketika melancarkan Jenama Tyson secara rasminya di Malaysia. - Gambar Tyson Foods Malaysia
(Dari kiri) Pengarah Urusan Tyson Foods Malaysia, Victor Sim, Naib Presiden Komersial Tyson Foods Asia Pasifik, Lee Yeong Sheng, Presiden di Tyson Foods Asia Pasifik, Tan Sun dan Pengarah Inovasi Tyson Foods Malaysia, Chew Kai Lee ketika melancarkan Jenama Tyson secara rasminya di Malaysia. - Gambar Tyson Foods Malaysia

Kami memastikan setiap produk kami dihasilkan tanpa berkompromi terhadap kualiti, daripada peringkat awal sehinggalah ke kerangupan terakhir,” ujar Presiden Tyson Foods Asia Pacific (APAC), Tan Sun ketika majlis pelancaran rasmi jenama ini di Sunway Pyramid baru-baru ini. 

Berikut resipi Ayam Pedas dan Wafel Bersama Krim Putar yang mudah untuk disediakan di rumah menggunakan produk sejuk beku Tyson. - Getaran, 28 September 2022 

Ayam Pedas dan Wafel Bersama Krim Putar - Gambar ihsan Tyson Foods Malaysia
Ayam Pedas dan Wafel Bersama Krim Putar - Gambar ihsan Tyson Foods Malaysia

Bahan-bahan

6 ketul Ayam Goreng Klasik Tyson (600g)

4 keping wafel

Untuk hot glaze

250 ml minyak sapi atau minyak sayuran

15 gm serbuk cayenne

15 ml serbuk cili Thai

50 ml gula perang

25 gm gula putih

5 ml paprika

5 gm serbuk bawang putih

5 gm garam

5 gm lada hitam

Krim putar

300 ml krim putar

50 ml madu

5 gm garam laut

10 ml ekstrak vanila 

Sedikit madu untuk hiasan

Serbuk lada hitam untuk hiasan

Cara penyediaan:

1) Menggunakan mangkuk yang telah disejukkan, pukul krim putar sehingga lembut dan kembang.

2) Pukul madu, garam dan ekstrak vanilla sehingga krim benar-benar kembang dan sebati. Ketepikan dan simpan di dalam peti sejuk.

3) Gunakan kuali kecil untuk menyediakan hot glaze. Panaskan minyak sapi atau sayuran dengan api sederhana  selama 5 minit.

4) Keluarkan dari kuali, masukkan bahan-bahan lain untuk hot glaze dan pukul sehingga gula dan garam larut. Ketepikan dan biarkan pada suhu bilik. 

5) Sediakan Ayam Goreng Klasik Tyson dan wafel mengikut arahan pada pek pembungkusan.

6) Setelah masak, segera toskan atau sapu ayam dengan hot glaze (pastikan pukul sekali lagi sebelum salutkan pada ayam)

7) Letakkan wafel di dalam pinggan, letakkan ayam dan krim putar ke atasnya.

8) Hiaskan dengan titisan madu dan serbuk lada hitam yang baru dikisar seperti yang dikehendaki.

9) Sedia dihidangkan dan enak dimakan ketika masih panas.

Selamat mencuba!

Foto : http://www.madhat.asia/

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia