web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ini Menu Wajib Cuba Kalau Rindu Makan Atas ‘Flight’

Rindu perasaan naik pesawat? Banyakkan bersabar. Rindu makanan atas pesawat? Kami ada penawarnya. Teruskan membaca.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 12:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasanya sudah lebih setahun kita tidak membuat apa-apa tempahan penerbangan ke luar negara kerana satu dunia dilanda pandemik COVID-19.

Kami bagai ‘ditampar’ rasa sedih dan rindu untuk merantau setiap kali melayari internet dan ternampak video-video seperti ini:

Perkara paling utama dan paling tak disangka-sangka yang paling dirindui saat menaiki penerbangan ke destinasi pilihan adalah merasai keenakan makanan ketika penerbangan.  

Masih ingatkah anda perasaan makan mi segera sewaktu penerbangan yang tak sampai 3 jam, tetapi mi segera itu menjadi mi segera terenak di seluruh dunia?

Dan masih ingatkah anda kepada detik membuat tempahan tiket pesawat, terutamanya AirAsia dan selepas itu anda harus memilih makanan untuk dimakan sewaktu penerbangan? 

Salah satu menu wajib dipilih sudah tentunya Nasi Lemak Pak Nasser yang sememangnya tiada tolok tandingnya sehingga ia dianggap antara hidangan ikonik penerbangan yang paling digemari.

Sekarang, keinginan yang satu ini dapat dilunaskan dengan adanya beberapa rangkaian syarikat makanan dan minuman (F&B), Santan, di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.

Khusus buat pembaca Getaran, kami ada berita baik buat anda! Menu Santan kini boleh didapati dengan harga serendah RM9.90 sahaja! Ya, ini berita benar!

Bukan sahaja Nasi Lemak Pak Nasser, anda juga berpeluang merasai keenakan Nasi Padang yang bakal membawa anda terus ke Indonesia!

Selain itu, antara menu-menu wajib untuk anda cuba sudah tentulah Chicken Inasal Garlic Rice, Butter Sauce Chicken Bites, Thai Basil Chicken Rice dan banyak lagi.

Selain makanan berat, anda juga perlu mencuba manisan mereka yang tersangatlah sedap. Kalau nak tahu, sehingga hari ini kami tak boleh move on dari kesedapan Kek Onde-Onde mereka. 

Rasanya yang tidak terlalu manis, sedang molek dimakan dengan hirisan kelapa yang diletakkan di atas kek tersebut. Dengan teksturnya yang lembut, sekali rasa pasti anda puas hati!

Bermula 10 Mac ini, promosi Santan akan bermula setiap hari pada jam 11pagi hingga 3 petang dan 6 petang hingga 9 malam, dengan penghantaran serendah RM0.99 sahaja.

Apa tunggu lagi? Saksikan Selera di Getaran dan buat pesanan di www.airasiafood.com sekarang! - Getaran, 8 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Santan

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi