web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Jamumall Perjelas Sebab Batal Perkahwinan, Kenal Lelaki Tersebut Dalam Masa 2 Minggu

Menurut Siti Jamumall dia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinannya bersama seseorang lelaki pada 31 Mei lalu kerana hanya berkenalan selama dua minggu

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 4:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall hari ini tampil membuat penjelasan mengenai isu dia berkahwin di Thailand bersama suaminya, Aiman Tak Kesah pada 1 Jun lalu.

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, dia membuat keputusan tersebut kerana mahu mempercepatkan proses pernikahan mereka.

"Mungkin ramai yang akan bertanya kenapa tidak nikah di Malaysia sahaja. Tetapi untuk menikah di sini memerlukan masa untuk proses dokumentasi. Dan saya perlu terbang ke Dubai dalam masa terdekat.

"Jadi saya rasa tiada masalah untuk saya menikah di Thailand sebab boleh. Tetapi saya tidak galakkan orang ramai di luar sana untuk kahwin di luar negara. Jangan ikut cara kami," katanya ketika ditemui di sidang media di Shah Alam.

Kongsi ibu kepada dua orang anak ini lagi, dia terlebih dahulu mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinannya bersama seorang lelaki lain, dua hari sebelum tarikh berlangsung pada 31 Mei lalu.

"Saya kenal dengan Aiman sudah setahun lebih. Kami memang bercinta sebelum ini tetapi hubungan kami macam anjing dengan kucing. Kejap gaduh kejap baik. Dan akhirnya kami putus.

"Dan saya kenal dengan lelaki yang sepatutnya saya kahwin hanya dalam tempoh dua minggu sebelum kami mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Saya ambil keputusan untuk berkahwin ketika itu kerana 'frust'. Lelaki tersebut juga sedang patah hati kerana baru putus tunang," kongsinya.

Tambahnya lagi, sebagai umat Islam, dia turut membuat solat istikarah sebelum menghampiri tarikh perkahwinannya kerana dia mahukan lelaki yang boleh menerima anak-anaknya dan juga abangnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

"Untuk perkahwinan saya yang kedua ini, saya memang mahukan orang yang boleh terima abang saya, boleh jaga dan sayang abang saya macam mana saya sayangkannya.

"Saya takut kalau saya kahwin dengan lelaki yang cuba pisahkan saya dengan abang saya. Saya tak kisah kalau lelaki Itu kaya macam mana sekalipun, kalau dia tak boleh terima abang saya, saya tak akan kahwin dengan dia," ujarnya.

Membatalkan majlis perkahwinan di saat akhir, Siti akui ramai yang prihatin akan nasib pihak lelaki, namun kata Siti dia yang mengeluarkan wang sendiri untuk majlis tersebut.

"Segala persiapan telah pun dilakukan. Dan saya lakukan seorang diri. Saya kerugian RM70,000. Tetapi biarlah saya rugi sekarang daripada rugi di masa hadapan.

"Saya faham jika ibu dan bapa lelaki tersebut marah dengan situasi yang berlaku. Siapa yang tidak sedih anak mereka tidak jadi kahwin. Tetapi saya telah jelaskan semuanya pada lelaki tersebut," jelasnya.

Siti turut menafikan bahawa isu ini merupakan teknik pemasaran untuk melariskan perniagaannya seperti yang didakwa oleh netizen.

Minggu lalu nama Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah menjadi bualan netizen selepas mendedahkan mereka telah bernikah di Thailand dan Siti dikatakan membatalkan perkahwinannya dengan seorang lelaki yang sepatutnya berlangsung pada 31 Mei lalu. - Getaran, 19 Jun 2024

Foto : Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tipu Duit Derma: SPRM Akan Mohon Perintah Reman Pasangan Pempengaruh

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

oleh Sophia Ahmad