web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketahui 4 Ciri-Ciri Golongan Manusia Sebelum Berdakwah

Dakwah merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam. Namun adalah penting bagi pendakwah untuk memahami kumpulan-kumpulan yang ada bagi memastikan objektif dakwah dapat disampaikan dengan lancar.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 1:06PM

Pendakwah berperanan untuk menyampaikan dakwah serta mendidik masyarakat mengenai agama Islam. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dakwah adalah tugasan yang mulia dan dituntut di dalam Islam dalam usaha menggerakkan hati nurani manusia supaya sentiasa beramal, memahami ajaran Islam serta mengingati Allah SWT. 

Bagaimanapun amat penting untuk memahami golongan manusia yang didakwah bagi memastikan objektif dakwah dapat disampaikan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Untuk menjadi pendakwah pula, haruslah seseorang itu mempunyai ilmu yang dapat menyakinkan orang ramai bahawa pengisian yang disampaikan adalah benar dan boleh dipercayai. 

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Sahl ibn Sa’d, Nabi SAW telah bersabda:

فَوَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

Maksudnya: “Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).”

Riwayat al-Bukhari (2942), Muslim (2406) dan Abu Daud (3661)

Walaupun berdakwah adakalanya dicemuh sehingga menyebabkan usaha berdakwah menjadi sukar dan memberikan kesan dari sudut pembinaan serta pembentukan jati diri seorang pendakwah, namun usaha berdakwah itu tetap perlu dilaksanakan demi mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

Refleksi hari ini berkongsi empat ciri-ciri golongan manusia yang perlu diketahui ketika berdakwah.

Golongan pertama adalah mereka yang mempunyai pegangan teguh dan yakin terhadap ajaran Islam. - Gambar fail
Golongan pertama adalah mereka yang mempunyai pegangan teguh dan yakin terhadap ajaran Islam. - Gambar fail

Mereka Yakin

Setiap dakwah yang disampaikan perlulah difahami dengan jelas dan memberikan keyakinan kepada mereka untuk mendengarnya. Kelompok ini adalah golongan manusia yang mempunyai pegangan teguh dan yakin terhadap ajaran Islam. 

Malah adalah baik untuk pendakwah mengajak mereka bersama-sama menjalankan ibadah ini. Selain itu, setiap perkongsian atau pertanyaan yang diutarakan dapat dikendalikan dengan mudah dan tenang tanpa sebarang pertelagahan.

Sikap ini telah diterapkan oleh generasi pertama yang mendapat hidayah dan golongan ini benar-benar percaya serta mengikut ajaran nabi-nabi Allah semasa berjuang dalam menyebarkan syiar Islam. Mereka ini akan dikurniakan ganjaran yang besar daripada Allah SWT.

Golongan kedua adalah mereka yang keliru dan tidak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai Islam. - Gambar hiasan dari Pexels
Golongan kedua adalah mereka yang keliru dan tidak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai Islam. - Gambar hiasan dari Pexels

Mereka Yang Sangsi

Bagi golongan ini pula, mereka adalah individu yang masih belum cukup pemahaman dan keyakinan terhadap sesuatu perkara yang disampaikan oleh pendakwah.

Mereka merupakan golongan manusia yang tidak berpendirian serta sentiasa berasa sangsi. 

Pendakwah dinasihatkan untuk tidak terburu-buru dalam menyampaikan apa yang ingin disampaikan supaya mereka tidak terkejut lalu beredar daripada mendengarnya.

Sebaliknya mulakan dakwah dengan berbicara mengenai kehidupan bagi mendekatkan diri dengan mereka. 

Kemudian nasihatkan mereka secara perlahan-lahan dengan berkongsi bahan-bahan bacaan mengenai Islam dan berkongsi pendapat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Dengan izin Allah SWT, Insya Allah mereka akan merasa lebih yakin untuk bersama-sama memahami dakwah yang disampaikan. 

Golongan ini hanya mahukan ganjaran serta mempunyai kepentingan terhadap sesuatu perkara. - Gambar fail
Golongan ini hanya mahukan ganjaran serta mempunyai kepentingan terhadap sesuatu perkara. - Gambar fail

Mereka Yang Ada Kepentingan

Berbeza dengan kategori ini, ia merujuk kepada golongan yang tidak mahu menghulurkan bantuan melainkan ada ganjaran yang bakal diperolehi hasil pengorbanan yang dilaburkan. 

Seperti disebut oleh Hassan al-Banna, katakanlah kepada mereka, “Minta maaf, kami tidak memiliki apa-apa ganjaran selain pahala Allah SWT yang akan diberikan jika anda ikhlas dan syurga jika Allah SWT tahu hati budi baik anda.

“Kami tidak tidak punyai apa-apa kedudukan atau wang. Malah sebaliknya kami korbankan segala yang kami miliki. Harapan kami hanyalah keredhaan Allah SWT. Allah SWT adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi kemenangan”. 

Jika ditakdirkan Allah untuk membuka pintu hati dan dibuangkan segala sifat tamak haloba, nescaya golongan ini akan mengetahui bahawa Allah SWT menyediakan segala yang lebih baik dan kekal. 

Jika sifat negatif ini masih utuh pada diri mereka, ketahuilah bahawa Allah SWT sebenarnya tidak memerlukan orang yang tidak memberikan keutamaan kepada-Nya dan segala yang dimiliki oleh-Nya. 

Berdoa kepada Allah semoga kita sentiasa diberikan keberkatan di dalam hidup. - Gambar hiasan
Berdoa kepada Allah semoga kita sentiasa diberikan keberkatan di dalam hidup. - Gambar hiasan

Mereka Yang Penuh Dengan Prasangka

Golongan ini boleh dianggap sebagai prejudis dan sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain. Golongan ini juga merupakan antara cabaran paling berat dihadapi oleh pendakwah ketika mereka menjalankan aktiviti dakwah. 

Selain itu, mereka turut memperkatakan tentang perkara yang memburukkan pendakwah dan berdegil untuk mempertahankan kesilapan. Semoga golongan ini dapat melihat kebenaran dan menjauhi prasangka buruk dalam diri mereka. 

Pada masa sama, pendakwah perlu memohon kepada Allah SWT agar diberi kekuatan dan kesabaran ketika mendekati mereka. Ini kerana ada segelintir daripada mereka gemar  mempertikaikan kebenaran dan melakukan provokasi untuk mencetuskan perbalahan dengan pendakwah. 

Oleh itu, memahami empat ciri-ciri golongan ini amat penting ketika menjalankan ibadah dakwah ini. Ia akan memberikan kemudahan dan kelancaran kepada pendakwah jika dapat memilih kaedah yang sesuai semasa bertemu dengan kumpulan berkenaan. - Getaran, 5 Ogos 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3590-bayan-linnas-siri-ke-201-pemantapan-jati-diri-pendakwah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik