Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PKR Lancar 2 Kerangka Baharu Pastikan Anwar Kekal PM Dalam PRU16

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 2:19PM

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC). - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - PKR hari ini melancarkan dua kerangka baharu sempena sambutan ulang tahun ke -25 parti itu, bertujuan sebagai persediaan memastikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai perdana menteri dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli, berkata dasar baharu itu ialah Pemerkasaan Organisasi Parti 25 tahun (Pop25) dan Keadilan Menang Siri PRU16 (KEMAS16).

“Sasaran lengkap ini…persiapan mula dua tahun awal bagi pastikan Anwar kekal sebagai perdana menteri selepas PRU akan datang,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, dua dasar baharu tersebut berperanan bagi merangka kerja untuk kemenangan PKR dalam PRU16.

“Kedua-dua rangka kerja ini adalah untuk mengukuhkan kembali kekuatan akar umbi dari bawah hingga ke atas untuk cipta kekuatan baru supaya dapat berada di depan dalam persediaan hadapi PRU akan datang,” katanya.

Jelasnya lagi, POP25 akan menumpukan kepada pemerkasaan dan menguatkan lagi kekuatan aggota parti di setiap cabang dan ranting.

"Dengan kerangka POP25 ini kita sasarkan pertambahan anggota 20 peratus setiap tahun di cadang-cabang tumpuan dan di peringkat nasional adalah sebanyak 10 peratus keahlian," katanya.

Sasaran kerangka KEMAS16 pula memberi tumpuan kepad gerak kerja anggota parti untuk melakukan kerja-kerja menyumbang kepada masyarakat.

Rafizi berkata, selain untuk persediaan menghadapi PRU16, kerangka baharu itu juga adalah dibuat untuk memastikan parti itu tetap kekal dengan matlamat dan prinsip sebagai parti memperjuangkan reformasi.

Anwar terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022, selepas Yang di-Pertuan Agong memutuskan untuk melantik memegang jawatan nombor satu negara selepas beliau mendapat sokongan 147 daripada 222 Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia susulan tiada satu pun daripada parti atau gabungan politik yang bertanding dalam PRU15 memperoleh kerusi majoriti untuk menubuhkan sebuah kerajaan. – Getaran, 21 April 2024

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad