web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Saya Mohon Orang Lain Dicalonkan Jadi Timbalan Presiden” - Tuan Ibrahim

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 4:36PM

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan bahawa parti itu mengeluarkan larangan untuk mempertandingkan lima jawatan tertinggi pada pemilihan akhir bulan ini.

Malah, menurutnya, beliau sendiri meminta ahli-ahli parti itu untuk mencalonkan individu lain bagi  jawatan timbalan presiden yang disandangnya ketika ini.

"Bahkan saya sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung beberapa kawasan, memohon agar mereka mencalonkan orang lain untuk jawatan Timbalan Presiden.

"Jawatan adalah suatu amanah yang perlu dipikul seandainya dipilih," katanya dalam satu hantaran melalui akaun Facebook beliau hari ini.

Tegasnya, parti itu tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada mana-mana kawasan untuk tidak menghantar pencalonan bagi mana-mana jawatan dalam PAS.

"Ada pihak menuduh kononnya PAS mengeluarkan arahan agar top five tidak dipertandingkan. Saya ingin tegaskan bahawa parti tidak pernah menghalang mana-mana kawasan untuk mencalonkan sesiapa sahaja untuk mana-mana jawatan," katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini memaklumkan bahawa presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden PAS akan kekal memegang jawatan masing-masing dan pemilihan parti itu hanya akan mempertandingkan jawatan ahli jawatankuasa Pusat.

Susulan pengumuman itu, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan kekal ditampuk kepimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim.

Barisan-barisan Naib Presiden PAS sedia ada pula ialah Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Seri Idris Ahmad, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pengumuman itu telah mendapat kritikan ramai pihak termasuk UMNO yang mengatakan bahawa PAS tidak demokratik berbanding UMNO dalam soal pemilihan kepimpinan parti. Getaran, 1 Oktober 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad