web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Kemuka SD MP Sokong Muhyiddin PM-10

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 2:42PM

Hamzah Zainuddin - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan surat akaun berkanun (SD) Ahli Ahli Parlimen yang memberikan kepercayaan kepada Aahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa, jumlah SD dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri. 

“(Ini termaktub) di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan. 

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan berlaku situasi Parlimen tergantung (hung Parliament) dengan tiada mana-mana pihak berjaya meraih majoriti mudah. 

Setakat ini dua ketua parti dengan jumlah kerusi terbesar iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat rundingan bersama parti-parti lain untuk membentuk kerajaan baharu. 

Muhyiddin pada sidang media tersebut berkata, pendirian PN adalah jelas iaitu menolak kemungkinan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), sekali gus memberi bayangan bahawa Barisan Nasional (BN) merupakan pilihan terbaik untuk bergabung membentuk kerajaan.

Dalam masa sama, Anwar juga mendakwa, PH sudah pun mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, PH telah melepasi angka majoriti mudah 112 dan akan menyediakan dokumen bagi menghadap Istana Negara. - Getaran, 21 November 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran