Berita Terkini

18 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


PRU-15: BN, PH Bergabung Bentuk Kerajaan?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 7:00AM

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mustahil akan bekerjasama membentuk kerajaan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mustahil akan bekerjasama membentuk kerajaan jika tiada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), esok.

Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, beliau tidak terkejut jika kerjasama itu terbentuk kerana ia pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.

Katanya, situasi itu mengimbau kembali pembentukan kerajaan campuran PAS - Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) pada 1 Januari 1973 untuk mengukuhkan kerajaan Persekutuan melalui politik perpaduan ini.

“Sebab apa saya kata begitu (kerjasama tersebut) kerana dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal, walaupun sekarang mereka (BN dan PH) sering menyerang antara satu sama lain.

“(Kerjasama) Tiada masalah, pernah berlaku. Ia bukan perkara luar biasa. Malah ketika BN terbentuk ia juga melibatkan UMNO dan PAS pada 1973.

“Bagaimanapun PAS disingkir daripada BN ekoran krisis politik Kelantan yang meruncing pada 1977 sebelum kembali menyertai kerajaan Persekutuan pada 9 Mac 2020,” katanya kepada Getaran.

Dr Awang Azman Awang Pawi - Gambar fail
Dr Awang Azman Awang Pawi - Gambar fail

Malah Awang Azman berpendapat kecenderungan kerjasama itu juga didorong peluang sama rata dua gabungan parti berkenaan untuk memenangi PRU-15.

“Saya lihat PRU-15 ini ibarat pertarungan antara BN dan juga PH. Mereka bersaing sengit untuk mengatasi satu sama lain.

“Bagi saya PH mempunyai kedudukan kuat tetapi gabungan itu yang ditentang sengit BN hari ini dilihat sudah berpecah.

“Itu cabaran PH ketika ini. Mereka boleh berada di depan (BN) jika mendapat 51 peratus undi pengundi 18 hingga 39 tahun dan jumlah peratusan keluar mengundi melebihi 75 peratus,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak andaian kerjasama antara BN dan juga PAS kerana sudah ada bayangan mengenainya sebagaimana didedahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

“Maknanya sudah ada ‘bau-bau’ PAS sebenarnya mahu bersama dengan UMNO. Mungkin mereka melihat peluang UMNO (menang) lebih cerah berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Bagi saya tentu ada perkara yang menyebabkan Takiyuddin berkata sedemikian. Mungkin PAS rasa wajar membuat keputusan itu demi kepentingan mereka,” katanya.

Malah Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan turut senada dengan Awang Azman mengenai kerjasama BN dan PAS untuk membentuk kerajaan.

Menurut beliau, jika BN tidak mendapat kerusi mencukupi daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), maka parti itu memerlukan satu lagi rakan politik di Semenanjung.

Azmi berkata, secara realitinya PAS masih berminat untuk bekerjasama dengan UMNO walaupun Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini menangguhkan Muafakat Nasional (MN) kerana terdapat kekeruhan wujud dalam gabungan itu.

“Jika BN memerlukan rakan di Semenanjung, saya rasa tak mungkin entiti Perikatan Nasional (PN) kerana dalam gabungan itu ada BERSATU.

“Tapi kalau PAS, besar kemungkinan dan Takiyuddin sudah menyatakan mengenai kerjasama BN dan parti itu pada pasca PRU-15,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat walaupun ada dalam kalangan pemimpin UMNO terpalit dengan skandal rasuah, ia tidak akan mempengaruhi sentimen pengundi terhadap gabungan itu.

“Kontroversi melibatkan beberapa pemimpin UMNO tidak akan menggugat BN. Ini kerana kemenangan BN besar kemungkinan disebabkan penyokong tegar gabungan itu.

“Mereka (penyokong tegar) tidak akan lari ke mana, mereka tetap akan mengundi BN,” katanya.

Sementara itu mengenai trend pengundi muda, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor berpendapat, kumpulan ini lebih cenderung memilih parti berbanding calon yang diketengahkan.

Dr Kartini Aboo Talib - Gambar fail
Dr Kartini Aboo Talib - Gambar fail

Beliau berkata, ini kerana pengundi muda kurang peka terhadap calon memandangkan poster atau kain rentang calon tidak banyak dalam kawasan ditandingi.

“Dengan ada sesetengah kawasan menyaksikan pertandingan banyak penjuru, calon baru pun tak dikenali, maka pengundi muda hanya akan ingat nama dan logo parti BN, PN, PH dan PEJUANG.

“Kalau calon popular mungkin tiada halangan untuk mereka ingat nama dan undi berdasarkan calon. Tapi calon berdaftar sahaja ada 906 dan saingan satu kawasan pula ada beberapa penjuru.

“Lagipun promosi di media sosial juga kurang. Jadi pengundi muda lebih gemar mengingati nama parti gabungan sebab ringkas berbanding nama calon baru terutama kerusi banyak penjuru,” katanya.

Susulan itu, beliau menasihati pengundi muda untuk memilih parti yang menjamin kestabilan dan berupaya menjalankan amanah rakyat dengan penuh telus, dedikasi dan bertanggungjawab.

Katanya, pemilihan parti yang boleh membentuk sebuah kerajaan stabil amat penting dalam membantu negara mendepani cabaran inflasi global.

PRU-15 yang berlangsung esok buat julung kalinya menyaksikan pengundi muda melaksanakan tanggungjawab kepada negara menerusi pembuangan undi.

Dianggarkan seramai 1,393,549 pemilih berusia 18 hingga 20 tahun di seluruh negara akan mengundi buat kali pertama. - Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

Amirudin Seru Jentera PH Lupakan Perbedaan Dengan BN Demi Kemenangan PRN Selangor

2

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 10 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Politik 11 bulan yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 16 jam yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im