web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GTA Janji Kembalikan Malaysia Sebagai Harimau Asia

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 12:49PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Gerakan Tanah Air (GTA) bertujuan menukar ‘kerajaan penjenayah’ kepada pemerintahan bersih, cekap dan amanah.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu memberitahu, GTA mampu memulih semula politik kestabilan, ekonomi sihat dan kesejahteraan sosial.

“Malaysia akan kembali menjadi negara Harimau Asia, di mana orang Melayu akan dihormati dan disanjung tinggi.

“Inilah janji GTA, Gerakan Tanah Air kepada Malaysia dan rakyatnya,” katanya menerusi kenyataan. 

Dr Mahathir menambah, GTA tetap boleh menggantikan UMNO kerana gabungan itu terdiri daripada orang Melayu.

Malah, katanya, gabungan itu berkebolehan dan bersemangat kebangsaan Melayu serta Malaysia, selain menyayangi negara dan agama.

Beliau menegaskan, pemimpin dan calon GTA bebas dari jenayah, tidak menghadapi tuduhan di mahkamah serta bersih.

“GTA akan lawan UMNO supaya Malaysia tidak akan diperintah penjenayah yang sudah merosakkan parti, pemerintahan dan negara,” katanya. 

Dr Mahathir turut mendakwa UMNO sudah ‘dirampas’ penjenayah Melayu dan dikatakan berjuang untuk wang, demi menyelamatkan pemimpin mereka daripada didakwa di mahkamah serta dipenjara. 

“Nasib orang Melayu dan negara tidak lagi bergantung kepada UMNO,” katanya. - Getaran, 3 November 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad