web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Kerjasama GRS-BN Mampu Sumbang Kepada Pembentukan Kerajaan Persekutuan Stabil

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 10:48AM

Kesepakatan GRS-BN dalam menghadapi PRU-15 mampu menyumbang kepada pembentukan kerajaan Persekutuan yang lebih stabil. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pemerhati politik tempatan berpendapat kesepakatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mampu menyumbang kepada pembentukan kerajaan Persekutuan yang lebih stabil sekali gus mengukuhkan suara rakyat dari Sabah.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah Tony Paridi Bagang berkata, kerjasama politik GRS-BN sudah terbukti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lepas dan rakyat mahu melihat kesinambungan kerjasama itu kekal harmoni pada PRU-15.

Justeru katanya, kerjasama GRS-BN itu perlu diteruskan sebagai strategi untuk menang selain mengelak berlaku pertembungan calon sesama sendiri sehingga menyebabkan perpecahan undi.

“Cabaran utama ialah pengagihan kerusi dalam kalangan komponen parti GRS dan juga BN, saya tidak menolak kemungkinan ada berlakunya pertembungan antara calon kedua-dua parti itu.

"Perpecahan undi itu akan menyebabkan parti lain menang bukan atas dasar populariti, tetapi kelebihan undi kesan daripada perpecahan undi dalam kalangan parti (GRS-BN) yang bersaing dan gagal bekerjasama itu," katanya kepada Bernama.

Pengkaji Kumpulan Penyelidik Kajian Geopolitik dan Elektoral Sabah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Ramli Dollah pula berpendapat kerjasama GRS-BN pada PRU-15 bukan mustahil kerana autonomi parti politik dan keunikan politik Sabah, walaupun dilihat tidak selari dengan konteks politik nasional di Semenanjung.

Beliau berkata dengan gabungan kerjasama besar seperti itu, kerajaan Persekutuan akan lebih mendengar suara Sabah dalam memperjuangkan hak negeri, selain proses tawar-menawar lebih berkesan sekiranya semua Ahli Parlimen Sabah bercakap dalam satu landasan mengenai isu sama.

Bagaimanapun, Ramli berkata cabaran bagi memastikan kerjasama itu kekal utuh terutamanya selepas keputusan PRU-15 kelak perlu diteliti dan dihadapi dengan penuh hati-hati kerana sebarang isu yang menggugat kerjasama GRS-BN boleh mengakibatkan kerajaan negeri menjadi goyah.

"Sekiranya kerjasama itu (selepas PRU-15) tidak dapat direalisasikan, kemungkinan kerajaan negeri akan goyah dan tumbang yang akhirnya membawa kepada pilihan raya negeri lagi. Oleh itu, situasi ini memerlukan tahap tolak ansur yang tinggi antara parti-parti terbabit," katanya.

Penyelidik GeoPes UMS Dr Haryati Karim berkata kerjasama GRS-BN penting dalam memastikan kerajaan Persekutuan dibentuk selepas PRU-15 nanti, mampu memenuhi tuntutan Sabah seiring dengan perjuangan kerajaan negeri GRS-BN.

“Sabah memerlukan pentadbiran kerajaan progresif seperti gandingan (dalam kerajaan negeri) GRS-BN yang ada sekarang. Jika kerjasama itu tidak diteruskan, pelaksanaan projek pembangunan juga akan berubah apabila bertukar kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Haryati berkata kerjasama perlu wujud sebelum penamaan calon pada PRU-15 selain ikhlas mahu bekerjasama demi kestabilan dan pembangunan Sabah, namun cabaran utamanya ialah komitmen untuk terus setia dalam kerjasama itu.

Beliau berkata apa yang tidak diperlukan rakyat Sabah adalah mengadakan PRN semula sekiranya kerjasama GRS-BN itu terlerai selepas PRU-15, yang akan menjejaskan proses pembangunan negeri kerana bertukar kerajaan hanya selepas mengadakan PRN pada 2020. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Tak Rasmi: GRS Dahului PRN Sabah, Ewon Kuasai Kadamaian

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Mahu Laporan Teliti Berhubung Masalah Bekalan Air Berlarutan Di UMS

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja