web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Bukan Pengkhianat’ - Azmin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 11:27PM

Azmin Ali menafikan beliau adalah pengkhianat seperti dilabel sesetengah ahli politik. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan beliau adalah pengkhianat seperti dilabel sesetengah ahli politik, sebaliknya mendakwa individu yang memulakan Langkah Kajang dan Port Dickson sebagai ‘pengkhianat sebenar’.

Menurutnya, pihak melabelkan beliau dan kumpulannya sebagai pengkhianat adalah golongan ‘bankrap’ atau ‘muflis’ budaya politik sihat.

Beliau berkata, pengkhianat sebenar itu juga adalah pihak yang mahu memenuhi nafsu serakah menjadi Menteri Besar Selangor dan Perdana Menteri, susulan Langkah Kajang serta Langkah Port Dickson.

“Mengapa kita tidak fokus soal Langkah Kajang, Langkah Port Dickson tetapi memilih Langkah Sheraton, sedangkan (kedua-dua) langkah itu adalah satu pengkhianatan mutlak di mana wakil rakyatnya masih hidup, masih berkhidmat, dipilih rakyat pada pilihan raya umum, tetapi kerana nafsu serakah seseorang, maka wakil rakyat ini dipaksa meletakkan jawatan.

“Apakah ini bukan pengkhianatan namanya,” soalnya dalam temubual bersama Astro Awani ‘Apa Khabar Azmin’ malam ini.

Langkah Kajang berlaku ketika zaman pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan Menteri Besar Selangor yang kemudiannya disingkirkan PKR sebelum menamakan Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya hilang kelayakan untuk bertanding selepas terkait dengan kes mahkamah membabitkan mantan setiausahanya, Saiful Bukhari Azlan sehingga memaksa PKR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon di DUN berkenaan.

Langkah Port Dickson pula berlaku selepas Anwar mendapat Pengampunan Diraja dan dibebaskan daripada penjara yang dikatakan bagi membolehkan beliau menjadi Ahli Parlimen selepas dinamakan sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Azmin menegaskan, dalam Langkah Sheraton tiada sesiapa didesak untuk meletakkan jawatan, malah mendakwa tindakan tersebut memperkukuh kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu.

“Kita memperkukuhkan kedudukan Tun (Dr Mahathir) supaya beliau ada sokongan kuat untuk melaksanakan dasar di dalam Dewan Rakyat, di dalam kerajaan, malangnya oleh kerana pergaduhan dan perebutan kuasa di dalam Pakatan Harapan (PH) itu sendiri, menyebabkan Tun meletakkan jawatan,” katanya.

Justeru, Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, beliau dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh dipersalahkan, sedangkan terdapat kekosongan di jawatan tersebut apabila seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan yang menyaksikan penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu dilantik sebagai pemimpin nombor satu kerajaan.

“Proses penggantian itu dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin mendedahkan bahawa antara punca PH tumbang adalah kegagalan gabungan tersebut memenuhi aspirasi.

Dedah beliau, faktor lain menyebabkan ia tidak mampu bertahan adalah terdapat lapan Menteri Kabinet PH mendesak Dr Mahathir menukar lapan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian ditadbir mereka.

“Ini tidak pernah berlaku, sebab itu Tun tidak bersetuju dengan desakan lapan Menteri PH yang mendesak dan menuntut lapan KSU ditukar.

“Mengapa kerajaan yang baru diberikan mandat oleh rakyat ingin bergaduh dengan anggota perkhidmatan awam, sedangkan mereka tidak terlibat dengan parti politk.

“Mereka berada di kementerian masing-masing untuk melaksanakan dasar diputuskan kerajaan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi di era pemerintahan PH itu, tidak mendedahkan identiti kesemua menteri yang mendesak menukar lapan KSU tersebut.

Beliau berkata, antara punca lain kerajaan PH tidak dapat dikekalkan adalah banyak peruntukan pembangunan dihapus, menyebabkan terdapat pihak merasa tertekan.

“Sebagai contoh, banyak juga peruntukan pembangunan ‘dipadam’ dan dihapuskan, begitu juga dengan kenyataan keras dan keterlaluan sehingga rakyat merasakan tidak lagi harmoni untuk duduk di bawah PH, dakwanya. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad