web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Kaji Keterbukaan UMNO Pulih MN, Muktamad Keputusan Sebelum Hujung Minggu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 2:01PM

PAS menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan keterbukaan untuk UMNO dan PAS memulihkan agenda penyatuan ummah berikutan pertemuan empat mata antara beliau dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 17 September lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PAS akan mengkaji secara mendalam keterbukaan UMNO bagi memulihkan Muafakat Nasional (MN) dan membuat keputusan muktamad berhubung perkara itu, sebelum hujung minggu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kajian itu akan mengambil kira aspek maslahah lebih besar dan mudhorat (risiko) yang paling ringan.

Katanya, PAS menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan keterbukaan untuk UMNO dan PAS memulihkan agenda penyatuan ummah berikutan pertemuan empat mata antara beliau dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 17 September lalu.

“PAS mengulangi komitmen untuk bersama dalam segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah, terutamanya dalam kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam, berteraskan Ayat 10 Surah al-Hujurat yang menekankan soal ‘perdamaian’ di antara orang Islam bertelagah membabitkan sesuatu urusan mereka.

“Dalam hal ini, PAS turut menekankan soal penyelesaian sesuatu perkara perlu dirujuk kepada sumber agama Islam, iaitu Al-Qur’an dan Al-Hadith sebagaimana dalam Ayat 59 Surat An-Nisa’ yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”.

“Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata, perkara di atas juga terkandung secara jelas dan tersurat di dalam Piagam MN yang dimeterai PAS dan UMNO pada 14 September 2019.

“Sehubungan dengan itu, PAS tetap mengharapkan suatu jalinan penyatuan ummah sejati dapat direalisasikan di antara parti utama Melayu Islam di negara ini, dengan mengambil roh dan semangat persaudaraan Islam seperti ditunjukkan dalam sirah, iaitu antara Aus-Khawraj serta Muhajirin–Ansar yang akhirnya membawa kepada kekuatan dan kegemilangan pemerintahan berteraskan Islam,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan Ahmad Zahid menerusi kenyataannya berkata, UMNO hakikatnya tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah yang menjadi asas kestabilan politik tanah air.

Jelasnya, atas hakikat itu, sejak dari awal, parti berkenaan sentiasa menekankan soal keikhlasan dan kejujuran dalam apa jua bentuk permuafakatan.

Namun, katanya, UMNO tidak sesekali dapat menerima mereka yang berterusan melakukan pengkhianatan dan mengambil sikap dengan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama. – Getaran, 3 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 10 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad