web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Willie Mongin Keluar Parti: BERSATU Akan Tuntut Kuota Timbalan Menteri!

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 7:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menuntut kuota jawatan Timbalan Menteri dipegang Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, susulan tindakan pemimpin itu keluar daripada parti berkenaan, baru-baru ini.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, pucuk pimpinan parti itu akan menuntut kuota berkenaan yang pada asalnya milik BERSATU.

Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

“Ya, insya-Allah pucuk pimpinan akan tuntut kuota itu yang asalnya adalah kuota BERSATU,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Ditanya bilakah tindakan akan dibuat pucuk pimpinan untuk berbincang mengenai kuota jawatan itu, Jaziri memaklumkan, perkara tersebut terpulang kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Jaziri dalam kenyataannya memberitahu, BERSATU Sarawak kecewa dengan tindakan Willie yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengumumkan keluar parti menjelang pilihan raya umum.

Beliau berkata, BERSATU Sarawak berharap tindakan Ahli Parlimen Puncak Borneo itu bukan demi kepentingan peribadi beliau.

Dalam masa sama, tambahnya, BERSATU Sarawak menyokong tindakan susulan oleh pucuk pimpinan parti berkaitan kuota Timbalan Menteri dipegang Willie yang sebelum ini adalah kuota BERSATU.

“BERSATU Sarawak sentiasa mengamalkan politik khidmat sebagai wadah perjuangan di Sarawak dan mengutamakan Sarawak dengan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, Premier Sarawak yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengumumkan keputusan parti tunjang pemerintahan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu menerima permohonan Willie.

Willie menegaskan keputusannya menyertai PBB didorong kehendak pengundi di kawasan Parlimen Puncak Borneo.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi berkata, setakat ini tiada lagi perbincangan berhubung langkah susulan pucuk kepimpinan parti berkaitan kuota Timbalan Menteri BERSATU tersebut.

Tambahnya, perkara berkenaan perlu diaju kepada Muhyiddin.  

“Tiada komen (tindakan Willie keluar parti). Setakat ini tiada perbincangan (berhubung kuota Timbalan Menteri BERSATU).

“Saya tidak pasti, kena tanya Presiden (Muhyiddin). Tiada (perbincangan berhubung perkara terbabit dalam mesyuarat),” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad