web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laksanakan RUU Lompat Parti Di Peringkat Negeri, Elak ADUN Jadi ‘Katak’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 6:40PM

Veteran UMNO berharap agar RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 turut dilaksanakan di peringkat negeri bagi menghalang ADUN lompat parti. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO berharap Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan di Parlimen kelmarin, turut dilaksanakan di peringkat negeri bagi mengelakkan tindakan wakil rakyat bertukar parti sesuka hati.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya menyarankan supaya semua kerajaan negeri turut meminda atau menambah fasal yang menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada melompat ke parti lain.

“Sesungguhnya politik Malaysia tidak mampu lagi mempunyai ahli politik dan wakil rakyat ‘katak’ yang menyumbang kepada ketidakstabilan politik negara seperti berlaku sekarang,” katanya hari ini.

Mustapha Yaakub - Gambar fail
Mustapha Yaakub - Gambar fail

Mustapha berkata, Veteran UMNO turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 209 Ahli Parlimen yang menyokong dan mengundi Usul RUU Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti di Parlimen.

Katanya, sokongan mereka kepada RUU itu meletakkan politik negara di landasan betul apabila menafikan tindakan wakil rakyat sewenang-wenangnya melompat ke parti lain, selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) atas tiket parti asal.

Beliau berkata, RUU itu juga sebagai penghormatan dan jaminan kepada pengundi daripada dikhianati selepas memberi kepercayaan serta amanah kepada wakil rakyat semasa PRU.

“Ia juga akan menghalang wakil rakyat dari menggadai jawatan atas sebab peribadi dan menyelamatkan mereka dari menjadi ‘pelacur politik’ yang hina,” katanya. – 30 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95