web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalau Bertelagah, PKR Takkan Ke Mana-Mana - Penganalisis

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 3:00PM

Penganalisis berpandangan PKR ketika ini seharusnya bergerak sederap bersama dan tidak berpecah kepada pasukan tertentu, dalam mendepani PRU-15. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gesaan Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli agar calon yang tewas pada pemilihan parti menerima kekalahan itu dan bekerjasama meneruskan agenda pengukuhan parti ke arah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dilihat sebagai satu seruan pendamaian politik demi masa depan PKR.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan, Rafizi dilihat cuba meredakan pergelutan politik dalam PKR, namun serangan terhadapnya masih lagi berlaku.

Beliau berkata, serangan yang dilakukan terhadap Rafizi itu dikatakan bagi memastikan mantan Ahli Parlimen Pandan tersebut tidak mampu mencapai kemajuan dalam PKR.

Mohammad Tawfik menambah, semua pemimpin yang sering menjadikan Rafizi sebagai sasaran serangan perlu segera menghentikan perbuatan itu kerana kepentingan parti mendahului semua aspek lain, malah beliau juga sudah mengadakan pertemuan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

"Kalau mereka sering menjadikan seorang pemimpin itu sebagai sasaran serangan, saya lihat PKR tidak boleh ke mana-mana apatah lagi hendak berdepan dengan PRU-15 ini," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Getaran baru-baru ini melaporkan, Rafizi mahu agenda pengukuhan parti ke arah PRU-15 diteruskan sambil menggesa Kongres Nasional PKR tidak ditangguhkan, semata-mata untuk melayan kerenah calon yang kalah.

Beliau berkata, keutamaannya sebagai Timbalan Presiden baharu adalah mempersiapkan pimpinan dan jentera parti untuk berdepan pihak lawan pada PRU-15.

Mohammad Tawfik menarik perhatian, Anwar perlu mengambil tindakan segera terhadap  pemimpin yang membuat serangan tersebut kerana pelantikan Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR merupakan keputusan akar umbi.

"Anwar perlu memainkan peranan dan tidak boleh berdiam diri kerana mereka yang memilih Rafizi itu adalah perwakilan akar umbi, bukannya di peringkat tertinggi sahaja," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, terdapat impak negatif jika Anwar gagal mengambil tindakan, termasuk memberi nasihat kepada barisan ‘hulubalang' beliau jika terdapat dalam kalangan mereka yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan.

"Anwar perlu ingat bahawa parti ini bergerak dari perjuangan rakyat dan perjuangan jalanan.

"Beliau tidak boleh ketepikan suara akar umbi kerana pemimpin akan datang dan pergi. Anwar satu hari akan pergi meninggalkan PKR dan menjadi tanggungjawab ahli untuk meneruskan perjuangan ini demi kesinambungan parti," katanya.

Dalam pada itu, penganalisis sosiopolitik, Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, PKR ketika ini seharusnya bergerak sederap bersama dan tidak berpecah kepada pasukan tertentu, dalam mendepani PRU-15.

Beliau berkata, parti tersebut perlu bergerak ke hadapan sebagai satu unit di bawah kepimpinan Anwar dan memperkukuh kebersamaan dalam parti.

"Bukannya memperlihatkan perbezaan tetapi mengukuhkan kebersamaan dengan Anwar sebab Rafizi sebagai Timbalan Presiden, dan baru menang," katanya.

Awang Azman berkata, beliau yakin Anwar akan membawa isu penyatuan dalam PKR dan kebersamaan dalam bergerak ke hadapan, pada kongres parti pertengahan bulan ini.

"Saya kira, pada Kongres PKR yang akan datang, Anwar akan membawa isu ini ke dalam kongres untuk ke arah penyatuan dan bergerak ke depan. Dengan ini kita dapat melihat (agenda itu) secara lebih jelas," katanya. - Getaran, 9 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pentaskan Teater Ada Babak Tak Senonoh, UM Mohon Maaf Isu ‘Soft Porn’

4

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad