web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tambah Bilangan Calon Melayu DAP? Sudah Pasti Tapi...

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 12:01PM

Lim Guan Eng (kanan) dan Young Syefura Othman (tengah) pada Kongres DAP yang diadakan Mac lalu. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng bersetuju parti itu perlu menambah calon dari kalangan orang Melayu namun dengan syarat, calon yang diketengahkan itu perlu berkaliber dan berwibawa.

Beliau berkata, semua calon ditonjolkan DAP sebelum ini ternyata dari kalangan mereka yang berkebolehan dan boleh menjalankan tugas masing-masing dengan baik.

Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar
Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar

"Saya rasa itu penting. Jangan kita hanya 'depankan' tetapi hanya secara simbolik sahaja tetapi tidak boleh buat kerja. Jangan..Jangan... Jangan. Ini seribu kali jangan.

"Pasti yang kita kedepankan adalah mereka yang boleh berkhidmat dan laksanakan tugas mereka dengan baik. Itu penting. Kita lihat baik Marina Ibrahim (Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai), baik Rara (Young Syefura Othman), dan juga pemimpin lain memang berjaya," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Getaran.

Marina bertanding di kerusi DUN Skudai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Marina bertanding di kerusi DUN Skudai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), DAP meletakkan empat calon Melayu di tiga kerusi Parlimen iaitu Zairil Khir Johari di Bukit Bendera (Pulau Pinang), Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz di Raub (Pahang), Mahdzir Ibrahim di Tanjung Piai (Johor) dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di  Mentakab. 

Selepas itu, DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon untuk pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014.

Bagi PRU14, bilangan calon Melayu DAP untuk kerusi DUN ditambah menjadi sembilan iaitu Zairil Khir Johari (Tanjung Bungah), Syerleena Abdul Rashid (Seri Delima), Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Edry Faizal (Dusun Tua), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Sheikh Omar Ali (Paloh), Rara (Ketari) dan Abu Bakar Lebai Sudin (Pulau Manis). 

Untuk Parlimen, Tengku Zulpuri bertanding di Raub.

Dalam pada itu, ditanya dakwaan bahawa DAP meletakkan calon Melayu semata-mata untuk 'membersihkan' persepsi terhadap parti tersebut, Guan Eng berkata, dakwaan berkenaan hanyalah permainan politik kotor parti lawan.

Sepanjang perjuangan parti, jelas beliau, DAP sebagai sebuah parti yang sederhana tidak memainkan isu ekstremis atau perkauman namun isu-isu tersebut dimainkan oleh 'pihak sebelah sana'.

"Ini bukan sahaja kita lihat dari segi pemimpin dan wakil rakyat tetapi dari segi bantuan yang kita berikan. Kita berikan bantuan kepada semua. Asalkan mereka perlukannya kita beri," katanya. 

Berhubung calon muda dan wanita, Guan Eng berkata, sudah tentu parti akan memberi peluang kepada orang muda dan wanita tetapi pada masa sama, tidak akan mengenepikan barisan pemimpin berpengalaman.

Beliau berpendapat, perlu wujud formula ikatan antara calon berpengalaman serta muda kerana ia satu kombinasi yang paling mantap.

"Jadi kita akan teruskan model ini kerana kita boleh bina dan latih pemimpin pelapis tetapi pada masa sama, tidak lupa tentang pemimpin-pemimpin berpengalaman yang telah pun berbakti kepada parti dan masyarakat," katanya. - Getaran, 13 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad